Wednesday, June 24, 2015

Jubah Imran aka Jubah Mekah

Teks: Yati Dbahri

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Hari ini YD #throwback cerita projek jahit YD pada tahun lepas. Masa ni YD baru je beli mesin jahit NV950. Bila sudah ada mesin jahit macam-macam idea yang datang untuk cuba menjahit.

Ok, projek pertama YD untuk test mesin NV950 ni, YD cabar diri sendiri untuk menjahit sepasang jubah mekah. Seperti biasa, anak-anak YD akan jadi model untuk projek jahit YD. Jadi, YD namakan jubah ini 'Jubah Imran' sempena nama anak YD, Harith Imran ;-)

Jubah Imran ini YD jahit untuk saiz 3 tahun menggunakan material kain cotton. Macamana hendak jahit jubah mekah? Ya, seperti biasa YD akan google dahulu dan YD jumpa tutorial jubah mekah yang disediakan oleh Puan Azima di laman blognya di sini: http://azimadiyshop.blogspot.com/.

Jutaan terima kasih kepada Puan Azima atas ilmu dan perkongsian beliau tentang DIY Jubah Mekah Kanak-kanak. Tutorialnya sangat mudah difahami dan praktikal untuk kita cuba sendiri di rumah. Berminat untuk cuba diy sendiri, boleh terus rujuk di link ini ya:



Alhamdulillah, YD berjaya juga hasilkan sendiri 'Jubah Imran' ni. Jom kita tengok hasilnya ya! 

Gambar penuh 'Jubah Imran' aka jubah mekah.
Material: English Cotton, corak cars
Color: baby blue
Saiz: 3 tahun

Close up bahagian atas jubah.
Untuk jubah ni YD potong bahagian bahu kerana corak kain yang melintang.
Di sebelah kanan pula ada poket kecil. Kolar berbentuk 'V' aka kolar jubah mekah.

Gelagat Harith masa fitting jubah ni. Happy sangat ustaz comel ni!





p/s: Mencari kain cotton yang comel-comel? Untuk jubah imran ni, YD beli kain cotton ni secara online sahaja. Boleh hubungi Cik Ika (019.3739467) dari fanpage Cottonlicious by Zurieka.

2 comments:

  1. Kool Kids store is outstanding amongst other Newborn Baby Clothes Online Malaysia. Kool kids store gives Fast Delivery, 15 days Return approach and best client

    administrations.

    ReplyDelete
  2. Salam sis..boleh sis share kan tak cara buat pola jubah ni..sebab link tu gmbr tak keluar la..terima kasih

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...