Tuesday, March 08, 2016

Pola Baju Melayu Romper Abel Collection

Teks: Yati Dbahri

Hari ni YD #throwback semula entri pada tahun lepas. Entri berkenaan baju melayu romper. Ada yang bertanyakan kepada YD tentang pola baju melayu ni.

Untuk pola baju melayu ni sebenarnya YD beli sahaja pola yang sudah siap daripada Abel Collection. Masa ni YD sedang sarat mengandung trimester ketiga dan YD rasakan hendak jimat masa. jadi YD tempah sahaja pola yang sudah siap. Bila pola dah sampai di tangan, YD terus potong kain mengikut pola yang ditempah dan jahit sehingga siap.

Pola baju melayu romper daripada Abel Collection

Nota ringkas cara nak potong dan jahit juga disediakan
Inilah hasilnya bila dah siap.
Yang ni untuk size M (3-6 bln).
Ada yang berminat nak jahit sendiri baju melayu romper ni, bole tempah pola dengan Abel Collection di FB. Bole terus PM FB Abel di sini: Abel Collection

Atau ada yang berminat nak tempah baju melayu romper dengan YD pun boleh, cuma YD terima kain cotton sahaja.

InsyaAllah, nanti sudah open order YD war-warkan ya!

2 comments:

  1. Sy ada try contact Abel Collection tapi takde respon lg. sis xnk jual ke pola tu? hihihi

    ReplyDelete
  2. Kak kalau saya nak tempah baju melayu romper utk baby 2 tahun 1/2 boleh tak? Saya nak warna navy blue.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...