Monday, August 10, 2015

Jubah Kurta

Teks: Yati Dbahri

Entri kali ni YD update lagi hasil jahitan yang terbaru. YD jahit lagi baju untuk anak buah sendiri. Kali ni YD cabar diri sendiri untuk jahit Jubah Kurta untuk Wan Umar Daniyal yang berusia dua tahun lebih. Seharian YD jahit jubah kurta ni. Alhamdulillah, siap juga dan si kecil Umar ni sempat pakai masa kami beraya di kampung aritu. YD fokus semula jahit setelah abah dan Harith sihat. 

Masih lagi menggunakan kain cotton. YD google sahaja tutorial yang ada di internet. Pattern kali ni YD buat jubah kurta ni nampak simple tapi kemas dan selesa bila digayakan oleh si pemakai. Kolar baju YD buat seperti baju melayu cekak musang tapi hanya kolar bulat sahaja (round neck). Yang ni pun pertama kali YD cuba menjahit. Alhamdulillah, menjadi juga ;-)

Jom kita tengok hasilnya!

Pattern: Jubah Kurta
Material: English Cotton (corak polkadot)
Kaler: Kuning/ hijau epal
Saiz: 2 tahun
Kolar: round neck, cekak musang menggunakan prong button baju melayu

Close up bahagian atas baju. YD menggunakan prong button baju melayu.
Ada poket kecil di sebelah kiri badan.
Tidak ketinggalan... label baju BYD by YatiDbahri
di bahagian bawah sebelah kiri baju
Ni la Wan Umar Daniyal. Kecil molej je orangnya.
Happy sangat dapat pakai jubah kurta ni ;-).
(Warna baju agak berlainan disebabkan pencahayaan lampu kamera).
Gelagat Umar ;-)

8 comments:

  1. Tq Zaila ;-) InsyaAllah lps ni bole jahit lagi pattern ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nk tempah jahit kurta budak boleh ke?

      Delete
    2. Terima kasih Pn Nasra. Maaf lambat reply..Salam kenal :-)
      Buat masa ni saya x amik tempahan raya utk public.Saya dahulukan tempahan keluarga dahulu.Tapi tempahan selepas raya insyaAllah boleh.Tq.

      Delete
  2. Sis, salam.
    Utk kurta kanak lelaki ni
    Lengan tgn dia sambung terus tanpa ada potongan berasingan ?

    ReplyDelete
  3. Salam sis ,
    Boleh share pola dia x ?first time nak buat ni .

    Tq

    ReplyDelete
  4. Salam sis slam kenal boleh tak sis bgi contoh pola bju melayu ank kcil umur 1thun.trimksih..dri brunei

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...