Sunday, February 22, 2015

Shopping Alatan Jahitan ~ Part 2

Teks: Yati Dbahri

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

21 Februari 2015, Sabtu

YD sambung semula entri yang lalu tentang shopping alatan jahitan. Ya, misi membeli alatan jahitan yang diperlukan masih belum lengkap. Kali ini YD shopping di kedai alatan jahitan yang lain pula. Lokasi kedai masih di Bandar Baru Bangi, Selangor. YD berkunjung ke kedai ini pada hari Sabtu yang lalu. Kedai yang YD maksudkan adalah Karysma Store.

Alhamdulillah, apa yang YD cari semua ada di sini. Jom kita tengok apa yang YD beli di Karysma Store.


Seperti gambar di atas, akhirnya YD jumpa juga Cutting Mat yang kaler hijau itu. Cutting Mat ini ada juga dijual di Kraf Ezee. Akan tetapi stok sudah tiada buat masa sekarang untuk size yang YD perlukan. Jadi YD beli terus di Karysma Store dengan harga hanya RM48 untuk size 24"x 18". Murah kan? Tapi YD tak pasti brand yang ni ok ke tak. YD tiada pilihan masa ni kerana brand ini sahaja yang ada. Baik, seterusnya YD ada juga membeli velcro dan juga tali bag (warna hitam). Selain itu, YD juga membeli cangkuk kain/seluar, benang getah, elastic dan jarum jahit tangan.



Gambar yang ini pula adalah batting bergam, kain cotton plain berwarna hitam dan cream, pembaris lurus dan kain keras bergam. Banyak pula YD shopping barang jahitan. Bahan-bahan ini semua YD akan gunakan untuk projek jahitan YD yang akan datang. Projek jahitan apa? InsyaAllah, YD akan kongsikan dalam entri yang seterusnya ya!


Ada lagi rupanya. Ini pula adalah buku Variasi Seni Jahitan Asas Beg hasil penulisan Puan Norwahidah Shariff. Seronok YD tengok buku ni, Sememangnya lengkap langkah demi langkah asas membuat beg dan ilustrasi bergambar juda ada disertakan. Semangat YD untuk mulakan projek jahitan hasil tangan YD Handmade ;-) Nantikan ya!

Baik, dua lokasi kedai alatan jahitan telah YD terjah untuk shopping alatan jahitan. Bagi YD kedua-kedua kedai ini mempunyai kelebihan masing-masing. Secara kesimpulannya, YD telah jumpa kedai alatan jahitan yang berdekatan dengan kediaman YD. Jadi dua tempat inilah yang akan jadi port YD untuk shopping barang jahitan lagi nanti. 

Di Karysma Store juga sebenarnya menyediakan perkhidmatan secara online. Sekiranya kalian jauh daripada lokasi kedai ini, kalian boleh dapatkan terus alatan jahitan dengan membeli secara online di facebook Karysma Store di sini:  Karysma Store

Atau untuk maklumat lanjut boleh ke laman blog Karysma Store di sini:


Ataupun boleh terus datang ke kedai ini yang terletak di alamat seperti berikut:

No 30, Jalan 4/11B
Fasa 4 Tambahan
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor

Atau Karysma Store Shah Alam di alamat berikut:

C-9,Jalan Serai Wangi 16L,
Alam Avenue 2, 
Seksyen 16 Shah Alam
Selangor
(bertentangan PusPakom padang jawa, sederet restoran Mee Tarik)


P/S: Kalian tahu di mana lagi lokasi kedai yang menjual alatan jahitan? YD amat berbesar hati sekiranya kalian boleh tinggalkan komen di bawah dan kongsikan di mana lokasi tersebut ya! TQ ;-)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...