Saturday, February 21, 2015

Shopping Alatan Menjahit - Part 1

Teks: Yati Dbahri

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Alhamdulillah. Mesin jahit dan bilik menjahit impian sudah YD miliki. Misi YD yang seterusnya adalah untuk melaksanakan perancangan YD dalam memahirkan diri YD dengan seni jahitan. Dengan erti kata lain, YD mesti mula menjahit dan menjahit bagi memastikan YD mahir menggunakan mesin jahit dan seterusnya berjaya menjahit. Bak kata pepatah Inggeris, "Practice Makes Perfect"! 

Untuk itu, YD perlu lengkapkan pula Studio YD dengan barang kelengkapan alatan jahitan. Baik, hari ini YD nak kongsikan pula tentang aktiviti YD pada cuti Tahun Baru Cina yang lepas. Misi YD pada hari tersebut adalah membeli barang-barang jahitan. Ok, jom kita tengok apa yang YD beli dan di mana YD beli barang-barang menjahit ni.

19 Feb 2015, Khamis

Sebenarnya, ini adalah kali ketiga YD berkunjung ke kedai ini. Nama kedai ni adalah Kraf Ezee yang terletak di Bandar Baru Bangi, Selangor. Pertama kali YD datang ketika YD membeli mesin jahit Brothers NV950 dan mesin jahit tepi Brother 3034D. Ya, di kedai inilah YD membeli mesin-mesin jahit pertama YD. Lokasi yang dekat dengan kediaman YD adalah faktor utama kenapa YD membeli di sini. Bagi YD kedai ini lengkap dengan peralatan jahitan yang diperlukan oleh pemula dalam bidang jahitan seperti YD.



Seperti gambar di atas, YD beli barang-barang jahitan seperti Rotary Cutter, cottonwebbing (tali untuk beg), tali untuk barut, span bahu, acrylic buttons dan ribben.


Yang ni pula adalah benang putih untuk jahitan biasa dan juga benang hitam dan putih untuk mesin jahit tepi. YD beli ni untuk stok simpanan di YD Studio supaya senang nanti apabila sudah habis.


Gambar yang ini pula adalah kain felt. YD beli kain poly-felt dan acrylic felt. Semua ni YD beli untuk digunakan buat kraf nanti. Selain itu, YD juga ada membeli kain bergam (lining). Kalau tengok gambar-gambar di atas, kebanyakan barang-barang yang dibeli adalah untuk membuat kraf. Kraf apa yang YD akan buat kita nantikan ya dalam entri-entri yang akan datang!




Ok, yang ini pula adalah kad keahlian YD. YD dapat kad ni semasa YD membeli mesin jahit Brothers tahun yang lalu. Jadi, kalau YD membeli barang-barang jahit di sini, maka YD layak untuk mendapat harga ahli iaitu diskaun 10% pada setiap barang yang kita beli. Menarik kan? Jadi apa tunggu lagi. Sekiranya kalian berada di sekitar Bandar Baru Bangi boleh terus ke kedai ni untuk dapatkan barang-barang jahitan di sini. Pelbagai jenis barang jahitan YD rasa semua ada di sini.

Seperkara lagi yang menarik perhatian YD, kita juga boleh beli online di kedai ni. Boleh terus ke web Kraf Ezee di sini:



Atau boleh terus ke kedai Kraf Ezee di alamat seperti berikut:




Atau boleh juga like page Kraf Ezee di Facebook di sini:



Selain itu, Kraf Ezee juga ada kongsikan pelbagai tips dan panduan menggunakan mesin jahit dan tentang jahitan di link ini:



Kita sambung di entri yang seterusnya ya! YD tak habis shopping barang-barang jahit lagi ni ;-)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...