Monday, February 16, 2015

'YD Studio' Bilik Menjahit Pertamaku

Teks: Yati Dbahri

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Salam petang Isnin.

YD imbas kembali sewaktu YD masih bekerja dengan majikan dahulu, pada waktu ini YD masih bertungkus-lumus menyiapkan laporan seperti yang dipohon. Selagi laporan tidak siap, YD tak akan senang hati. Kalau bukan menyiapkan laporan, mungkin YD berada di bilik mesyuarat menyelia mesyuarat yang berlangsung pada hari tersebut. Begitulah rutin YD sehinggalah jam 6 petang.

Alhamdulillah, berbeza dengan rutin YD sebagai WAHM kini. YD masih bekerja tapi suasana bekerja yang agak jauh berbeza dan lebih fleksibel. Kini pejabat YD hanya di rumah. Walau bekerja hanya dari rumah, YD sangat berpuas hati kerana dapat menguruskan anak-anak sendiri. Pada waktu pagi Arissa dan Harith berada di sekolah. Manakala sebelah petang hanya Arissa sahaja masih berada di sekolah.

Panjang pula YD bercerita. Apa-apa pun, YD bersyukur sangat walaupun pada mulanya agak kelam-kabut, lama-kelamaan YD semakin serasi dengan jadual rutin harian YD sebagai isteri, ummi dan WAHM.


Baik, sebenarnya hari ini YD nak kongsikan aktiviti YD untuk hari ini. Alhamdulillah, selesai sudah YD membuka kotak-kotak yang mengandungi baby-baby kesayangan YD. Akhirnya, mood untuk menjahit sudah datang kembali :-)


Seperti gambar di atas, inilah bilik menjahit YD. YD namakan bilik ini YD Studio. Alhamdulillah, boleh la YD merempit selepas ni. Misi YD adalah untuk mahir menjahit menggunakan mesin-mesin jahit ni. Sejujurnya YD tidak pernah menggunakan mesin jahit ni. Ini adalah pertama kali YD menjahit menggunakan mesin jahit brothers NV 950 dan mesin jahit tepi Brothers 3034D. Pendek kata YD memang zero tentang mesin-mesin jahit ni.

Mesti ramai yang tertanya-tanya mampukah YD menggunakan mesin-mesin ni. Jawapannya sudah tentu boleh. Langkah demi langkah YD belajar daripada buku dan CD manual yang disediakan. Semasa YD beli mesin ni juga, pengusaha kedai ada menerangkan satu persatu cara menggunakan mesin-mesin ni. Pada pendapat YD, kedua mesin ini mudah dikendalikan walaupun kita hanya pemula dalam bidang jahitan. Yang penting di sini keinginan, semangat dan kesabaran untuk belajar dan mencuba. InsyaAllah segalanya dipermudahkan dan akan berhasil. Moga YD sukses dalam misi YD untuk mahir dalam mengggunakan mesin jahit ini.

Moga perkongsian ini memberi inspirasi untuk kalian yang zero dalam jahitan seperti YD ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...