Saturday, June 25, 2016

Kurta Melayu Untuk Kanak-Kanak

Teks: Yati Dbahri

Kombinasi warna yang sempurna! YD suka sangat dengan kombinasi warna dan material kurta ni. Inilah hasilnya. Kurta melayu untuk kanak-kanak. Gabungan kain pelikat dan kain cotton plain menghasilkan sepasang kurta yang menarik sekali pada pandangan YD. Hmm... apa pendapat kalian, cantik tak kurta ni?

Kurta Melayu Kanak-Kanak untuk saiz 4 tahun

Terima kasih kepada kakak kesayangan, Pn Diana kerana tanpa henti memberi sokongan dalam bidang jahitan ni. 

#Cabaran10BajuMelayuBaby
#7 - Kurta Melayu

Saturday, June 18, 2016

Friday, June 10, 2016

Adam Baju Melayu Romper Bersampin

Teks: Yati Dbahri

Usaha tangga kejayaan.

Yeay!! Siap juga akhirnya. Baju Melayu Romper Bersampin untuk baby Adam. Terima kasih mommy Adam, Dr Ayu kerana sudi menempah. 

Tema warna 'baby blue' pilihan mommy dan daddy Adam. 

Baju Melayu Romper Bersampin - sekali sarung sahaja;-)
1st tempahan yang menggunakan label baru 
'LittleSufi by YatiDbahri'.

Close up view: kolar baju teluk belanga dan ada poket
di sisi kiri baju.

Close up view: Seluar romper menggunakan prong button. 

#Cabaran10BajuMelayuBaby
#6 - Baju Melayu Romper Bersampin

Wednesday, June 01, 2016

Baju Melayu Romper Bersampin

Teks: Yati DBahri

Kenapa kena bereksperimen dahulu?

Baru-baru ini ada permintaan daripada sepupu YD. Beliau menempah baju melayu romper seperti romper yang YD jahitkan dahulu sebagai hadiah baby baru beliau, baby Adam. Tapi kali ni beliau request baju melayu romper yang ada sampin.

Dalam hati bertanya sendiri boleh ke aku jahit yang ada sampin? Belum cuba belum tahukan. Mula-mula rasa macam tak yakin juga boleh ke jahitkan yang ada sampin ni. Jadi, YD terima tempahan ini dan tindakan yang seterusnya adalah untuk cuba dahulu buat satu sampel baju melayu romper bersampin. 

Gigih YD bereksperimen dahulu. Mula dengan merajah pola. Daripada pola baju melayu romper yang ada, YD lukis semula tapi potong di bahagian badan dan seluar dan tambahkan sampin. Bahagian yang lain masih sama, Cuma nanti cantumkan dahulu bahagian seluar dan sampin, kemudian akhir sekali cantum pula bahagian badan dan seluar bersampin tadi.

Maka terhasillah baju melayu romper bersampin seperti gambar kat bawah ni. Seperti biasa bila YD sudah ada baby ni, terus sarungkan sahaja hasil jahitan kat model cilik YD, baby Hafiy :-)

Ini lah hasil YD bereksperimen.
Pagi-pagi Hafiy sudah menjadi model Ummi


Baju Melayu Romper bersampin.
Bahagian seluar dan sampin bersambung dengan bahagian badan terus.
Ok. Projek seterusnya YD sudah boleh jahit tempahan baju melayu romper bersampin untuk baby Adam dengan penuh yakin dan sudah tentu memudahkan YD untuk jahit sehingga selesai. Nantikan ya dalam entri seterusnya.

p/s: buat masa ini YD hanya menerima tempahan untuk keluarga dan kenalan rapat sahaja. InsyaAllah selepas raya puasa YD akan war-warkan untuk public.

#Cabaran10BajuMelayuBaby
#6 - Baju Melayu Romper Bersampin 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...