Tuesday, March 24, 2015

Tips Membeli Mesin Jahit

Teks: Yati Dbahri

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.


Dulu sebelum ada mesin jahit YD selalu berangan...

YD:
"kalau lah ada mesin jahit... senang nak jahit baju anak sendiri..
kalaulah ada mesin jahit.. bolehlah buat baju sendiri..
kalaulah ada mesin jahit..bolehlah buat bag sendiri...
kalaulah ada mesin jahit... bolehlah jahit langsir sendiri..
kalaulah ada mesin jahit... bolehlah buat macam-macam yang kita mahu..."

Hehe...selingan je tu ;-) Kali ni YD nak kongsi pula sedikit tips dalam memilih mesin jahit pertama untuk pemula seperti YD ni. Tips ni adalah berdasarkan pengalaman YD semasa mula-mula membeli mesin jahit Brothers NV950 dan mesin jahit tepi Brothers 3034D pada tahun yang lalu.

Tips #1: Angan-Angan Menjadi Kenyataan
Daripada angan-anganlah ianya menjadi kenyataan. Tak salah bukan kalau kita berangan dahulu. YD selalu berangan nak ada mesin jahit sendiri. Sebab minat sangat menjahit, mula-mula dahulu rasa tak mampu lagi untuk membeli. Jadi, setakat angan-angan dahulu dan dengan harapan ianya menjadi kenyataan. Lagipun angan-angan ni kan percuma. Betul tak? Seperkara lagi, angan-angan ni jugalah kadang-kadang boleh menjadi terapi kita menghilanglan stress. Setuju dengan pendapat YD ni, sila tunjuk ibu jari ya ;-)

Monday, March 23, 2015

Spin Around Dress - Part II

Teks: Yati Dbahri

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, seperti yang YD janjikan pada entri yang lepas, hari ini YD nak kongsikan hasil jahitan YD menjahit dress kanak-kanak. Pattern asal untuk Spin Around Dress ini, kalau kita tengok gambar di bawah tiada lengan, tapi YD ubah sedikit dengan menambah lengan sehingga ke paras siku. Jom kita sama-sama tengok ya!

Ini adalah design asal untuk Spin Around Dress (tanpa lengan)
Inilah hasilnya... Spin Around Dress yang dijahit oleh YD.
Apa pendapat kalian? Cantik tak hasilnya. YD jahit dress ini selepas YD menghadiri kelas jahitan Kak Rina Talib. Alhamdulillah, sebenarnya YD ada praktikkan apa yang YD belajar di kelas tersebut. Selepas hadir ke kelas tersebut YD deraf sendiri pattern di bahagian badan dan lengan untuk dress ini. Hanya bahagian kain YD guna free pattern yang YD kongsikan sebelum ini. Kemudian cara jahit dibahagian badan juga YD praktikkan apa yang YD belajar di kelas jahitan. Dress ini menggunakan lining di bahagian badannya dan mempunyai tali di bahagian belakang badan.

Saturday, March 21, 2015

Mula Dengan Apa Yang Ada

Teks: Yati Dbahri

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

YD imbas kembali tahun yang lalu, kalau ikutkan YD mula serius menjahit pada Mei 2014. Pada ketika itu YD masih tidak mempunyai mesin jahit lagi. Kebetulan keluarga YD akan meraikan majlis perkahwinan adik lelaki YD pada bulan Jun 2014. Oleh itu, kami sepakat untuk memilih warna tema yang sama dan fesyen yang sedondon untuk majlis tersebut. Setiap ahli keluarga akan memakai baju sedondon yang ditatarias dengan lace dan manik untuk ahli keluarga perempuan.

Bermula dari situlah YD mengambil alih tugas untuk menjahit lace dan manik. YD mula dengan apa yang ada. Walaupun tiada mesin jahit lagi, YD kembangkan bakat dan minat yang ada dengan menjahit lace dan manik . Untuk majlis tersebut, YD jahit lace dan manik untuk baju mak, kakak, adik, anak dan diri YD sendiri. Hasilnya sangat memuaskan hati dan sudah tentu YD sangat gembira apabila melihat hasilnya cantik digayakan oleh ahli keluarga sendiri pada majlis tersebut.

Alhamdulillah, walaupun YD bersengkang mata untuk menyiapkan jahitan lace dan manik ini, YD amat berpuas hati dan seronok untuk menyiapkannya mengikut masa yang ditetapkan. InsyaAllah YD akan kongsikan langkah demi langkah tutorial untuk menjahit manik dan lace ini pada entri yang akan datang ya!

Friday, March 13, 2015

Gelagat Kakak Dan Adik

Teks: Yati Dbahri

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Entri kali ini YD biar gambar yang berbicara. Gambar ni YD ambil semasa Arissa fitting Muslimah Dress yang YD belajar kelmarin. Jom kita tengok gelagat Arissa dan Harith ya! 

Adik mengusik kakaknya bergambar ;-)

'Peace...' kata Harith

Gaya 'peace' dari Arissa

Dress kembang macam princess katanya ;-)

Ada tali di bahagian belakang untuk Muslimah Dress ni.

Gaya santai Arissa

Thursday, March 12, 2015

Kelas Jahitan Akademi SA Seni Jemari

Teks: Yati Dbahri

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Alhamdulillah semalam YD berkesempatan untuk mengikuti kelas jahitan yang dianjurkan oleh Akademi SA Seni Jemari yang dikelolakan oleh Puan Rina Talib (YD panggil Kak Ina). Tahun lalu YD ada menempah sepasang dress dengan beliau dan alhamdulillah tahun ini tercapai juga hasrat YD nak belajar menjahit dress untuk anak YD sendiri.

Untuk kelas jahitan ini YD memilih pattern Muslimah Dress untuk usia 8 tahun. Memandangkan fizikal Arissa yang tinggi, YD menggunakan pattern usia 8 tahun walaupun Arissa baru berusia 7 tahun.

Sedikit keterangan berkenaan kelas jahitan yang YD hadiri;-

Tarikh: 11 Mac 2015 (Rabu)
Masa: 10 pagi - 6 petang (alhamdulillah YD dapat siapkan dress ini sehingga jam 6 petang)
Tempat: Alam Santuary, Seri Kembangan, Selangor (belakang Pasar Borong)
Guru: Puan Rina Talib
Anjuran: Akademi SA Seni Jemari
Modul Pattern: Muslimah Dress
Material yang perlu dbawa: 
1. Kain Cotton - untuk pattern 8 tahun (2.5 meter cotton bercorak & 1 meter cotton kosong)
2. Gunting
3. Kalkulator
4. Alat tulis

Seawal jam 9.40 pagi YD sudah sampai di depan rumah Kak Ina. Bersemangat YD pagi tu nak belajar menjahit. Alhamdulillah, pagi tu YD bersua juga dengan Kak Ina. Kecil molek je orangnya. Kami bersembang dahulu pagi tu sebelum jam 10 pagi kelas bermula. Pada hari tersebut ada 2 peserta sahaja yang mengikuti kelas, tapi peserta yang seorang lagi beliau datang selepas waktu tengahari. Kalau diikutkan untuk kelas hari Rabu Kak Ina hanya kendalikan maximum untuk 3 orang sahaja. Nampaknya kira macam personal coaching jugalah YD belajar jahit ni. 

Kelas dimulakan dengan mendraf pola/pattern atas kertas minyak berdasarkan ukuran yang Kak Ina sediakan. YD juga dibekalkan dengan nota jahitan untuk Muslimah Dress. Bagi YD mendraf pola ni agak mudah kerana ukuran ada disediakan. Tapi mencabar juga apabila mendraf bahagian yang mempunyai garis lengkuk seperti di lengan dan kolar leher. Setelah selesai mendraf pola, YD memotong pola pula dan diikuti proses memotong kain mengikut pola yang telah disediakan.

Kain cotton yang akan digunakan. YD beli kain ni di Nilai 1
Nota yang telah disediakan oleh Kak Ina
Ini adalah pola yang telah YD draf dan siap potong

Untuk sesi sebelah petang YD mula menjahit sehinggalah dress siap. Alhamdulillah daripada zero tentang menjahit dress, kini YD mampu menjahit sepasang dress untuk anak YD sendiri ;-) Jutaan terima kasih Kak Ina atas ilmu dan tunjuk ajar yang telah diberikan. InsyaAllah YD akan praktikkan ilmu yang telah dipelajari sebaiknya.

Alhamdulillah, inilah hasilnya... Muslimah Dress by YatiDbahri ;-)
YD ambil kesempatan juga bergambar dengan Kak Ina sebagai kenangan.

Sijil penyertaan yang YD perolehi pada hari tersebut
YD rasa berbesar hati sangat ingin kongsikan apa yang YD rasa sejurus selepas siap jahit dress ni. MasyaAllah.. seakan-akan tak percaya yang YD telah berjaya jahit dress ni. Ada juga beberapa kali YD tetas semula jahitan di lengan dan belakang badan. Sememangnya seni menjahit ini memerlukan kesabaran dan ketelitian. Bila jahitan lari sikit, YD buka dan tetas semula. Kemudian jahit sampai hasilnya cantik dan kemas. 

Mungkin ini juga salah satu faktor kenapa YD suka sangat menjahit. Bagi YD menjahit adalah sebagai satu terapi dan disiplin dalam diri untuk menguji erti kesabaran dan ketelitian/fokus dalam sesuatu kerja.

Baik, ada yang mahu belajar menjahit macam yang YD belajar ni? YD amat mengesyorkan kepada kalian untuk menyertai kelas jahitan yang dianjurkan oleh Kak Ina (Rina Talib). Nota dan tunjuk ajar yang diberikan mudah difahami dan semestinya kita dapat belajar langkah demi langkah sehingga siap.

Sekiranya berminat, kalian boleh terus hubungi Kak Ina melalui pm di facebook/instagram beliau seperti berikut:

Instagram: Rina Talib

Ataupun bole terus hubungi beliau di talian: 012.2632124

InsyaAllah, YD berhasrat untuk belajar lagi dengan Kak Ina untuk pattern yang lain di masa akan datang. Doakan ya moga dipermudahkan segala urusan. Amin.

** Nota: Selain kelas jahitan dan menerima tempahan dress, Kak Ina juga menganjurkan kelas bakery dan tempahan bakery. Hebat Kak Ina ni tau, bukan sahaja berbakat dalam seni jahitan, tapi seni bakery dan kulinari juga beliau ada. 

Monday, March 09, 2015

Spin Around Dress

Teks: Yati Dbahri

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Hari ini YD google lagi tutorial di internet. Kali ini YD berminat untuk cuba jahit dress kanak-kanak yang menggunakan free pattern dan tutorial langkah demi langkah yang terdapat di link ini:-


Jom sama-sama kita belajar! Free pattern, hanya print, potong pattern tersebut di atas kain dan jahit ;-) Sebenarnya YD jahit dress ni khas untuk anak saudara YD, Eryna Adelia @ Dlea yang berusia setahun lebih. Kalau ikutkan mommynya request YD jahitkan jubah, tapi alang-alang YD hendak cuba buat dress, maka jadilah percubaan ini sebagai dress untuk Dlea yang akan dipakai semasa umrah bersama mommy dan daddynya nanti. InsyaAllah


Seharian YD hasilkan ni. Daripada print pattern, potong pattern dan juga potong kain. Ok, yang ni siap untuk di jahit. Nampak tak kain corak leopard tu. Itu adalah kain cotton yang YD borong di Pesona Cinta. Untuk dress ni YD guna pattern usia 2 tahun dan menggunakan kain cotton anggaran satu setengah meter. Oh ya, kalau ikut free pattern di atas, Spin Around Dress ni designnya tiada lengan, tapi YD ubah sikit dengan menambah lengan paras siku untuk dress ini.

YD rehat dahulu ya. Nanti kita sama-sama tengok hasilnya. Jadi ataupun tak..

Sunday, March 08, 2015

Mini Peasant Jubah

Teks: Yati Dbahri

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Kali ini YD kongsikan lagi hasil jahitan yang YD belajar sendiri dengan tutorial yang ada di internet. Masih menggunakan free pattern yang YD kongsikan di entri yang lalu (klik di sini: Peasant Dress), YD jadikan peasant dress ini sebagai Mini Peasant Jubah pula. 

Macamana tu? Ya, YD guna pattern yang sama cuma YD tambahkan pula seluar panjang dan ukuran labuh jubah hanya sampai paras lutus sahaja. Maka jadilah Mini Peasant Jubah ;-)

Alhamdulillah, inilah hasilnya.


Wednesday, March 04, 2015

Full Circle Satin Dress by Rina Talib

Teks: Yati Dbahri

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera




YD imbas semula album tahun lepas. Ini adalah gambar Arissa Safiya, anak sulung YD. Gambar ni diambil semasa Majlis Resepsi Perkahwinan adik lelaki YD pada tahun yang lalu. Kalau tengok gambar ni, semestinya Arissa sangat happy masa menggayakan baju dress ni. Macam princess katanya. Inilah Full Circle Satin Dress yang ditempah khas dengan Kak Rina Talib. Tapi untuk dress ni YD beri sentuhan sendiri pada jahitan lace dan maniknya. Alhamdulillah, hasil yang sangat cantik dan memuaskan hati.

Ramai yang puji dress ni. Kredit untuk Kak Rina Talib atas hasil jahitan dan design dress yang sangat cantik. Saya ingat lagi pada tahun yang lalu, saya ada menyatakan hasrat kepada beliau untuk mengikuti kelas jahitannya suatu hari nanti. InsyaAllah YD akan hubungi beliau apabila YD betul-betul sudah bersedia. 

Tuesday, March 03, 2015

Borong Kain Cotton

Teks: Yati Dbahri

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Dua entri yang lepas YD ada kongsikan cerita di mana YD shopping alatan jahitan. Masih lagi bercerita berkenaan shopping. Tetapi kali ni YD shopping fabrik cotton pula. Ya, untuk menjahit sesuatu projek, fabrik adalah salah satu item penting yang mesti ada. Sebagai permulaan, YD memilih fabrik jenis cotton sebagai material dalam menghasilkan projek jahitan YD nanti. 

Sebelum shopping selalunya YD akan buat sedikit survey berkenaan harga, kualiti fabrik dan lokasi. YD juga membuat perbandingan antara membeli fabrik secara online ataupun offline. Alhamdulillah, setelah perbandingan di buat, YD memilih untuk memborong sahaja fabrik tersebut dengan datang terus ke kedai fabrik yang dipilih. Di mana YD borong fabrik cotton? Ok, jom kita cuci mata dulu kain cotton yang YD pilih.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...