Thursday, March 12, 2015

Kelas Jahitan Akademi SA Seni Jemari

Teks: Yati Dbahri

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Alhamdulillah semalam YD berkesempatan untuk mengikuti kelas jahitan yang dianjurkan oleh Akademi SA Seni Jemari yang dikelolakan oleh Puan Rina Talib (YD panggil Kak Ina). Tahun lalu YD ada menempah sepasang dress dengan beliau dan alhamdulillah tahun ini tercapai juga hasrat YD nak belajar menjahit dress untuk anak YD sendiri.

Untuk kelas jahitan ini YD memilih pattern Muslimah Dress untuk usia 8 tahun. Memandangkan fizikal Arissa yang tinggi, YD menggunakan pattern usia 8 tahun walaupun Arissa baru berusia 7 tahun.

Sedikit keterangan berkenaan kelas jahitan yang YD hadiri;-

Tarikh: 11 Mac 2015 (Rabu)
Masa: 10 pagi - 6 petang (alhamdulillah YD dapat siapkan dress ini sehingga jam 6 petang)
Tempat: Alam Santuary, Seri Kembangan, Selangor (belakang Pasar Borong)
Guru: Puan Rina Talib
Anjuran: Akademi SA Seni Jemari
Modul Pattern: Muslimah Dress
Material yang perlu dbawa: 
1. Kain Cotton - untuk pattern 8 tahun (2.5 meter cotton bercorak & 1 meter cotton kosong)
2. Gunting
3. Kalkulator
4. Alat tulis

Seawal jam 9.40 pagi YD sudah sampai di depan rumah Kak Ina. Bersemangat YD pagi tu nak belajar menjahit. Alhamdulillah, pagi tu YD bersua juga dengan Kak Ina. Kecil molek je orangnya. Kami bersembang dahulu pagi tu sebelum jam 10 pagi kelas bermula. Pada hari tersebut ada 2 peserta sahaja yang mengikuti kelas, tapi peserta yang seorang lagi beliau datang selepas waktu tengahari. Kalau diikutkan untuk kelas hari Rabu Kak Ina hanya kendalikan maximum untuk 3 orang sahaja. Nampaknya kira macam personal coaching jugalah YD belajar jahit ni. 

Kelas dimulakan dengan mendraf pola/pattern atas kertas minyak berdasarkan ukuran yang Kak Ina sediakan. YD juga dibekalkan dengan nota jahitan untuk Muslimah Dress. Bagi YD mendraf pola ni agak mudah kerana ukuran ada disediakan. Tapi mencabar juga apabila mendraf bahagian yang mempunyai garis lengkuk seperti di lengan dan kolar leher. Setelah selesai mendraf pola, YD memotong pola pula dan diikuti proses memotong kain mengikut pola yang telah disediakan.

Kain cotton yang akan digunakan. YD beli kain ni di Nilai 1
Nota yang telah disediakan oleh Kak Ina
Ini adalah pola yang telah YD draf dan siap potong

Untuk sesi sebelah petang YD mula menjahit sehinggalah dress siap. Alhamdulillah daripada zero tentang menjahit dress, kini YD mampu menjahit sepasang dress untuk anak YD sendiri ;-) Jutaan terima kasih Kak Ina atas ilmu dan tunjuk ajar yang telah diberikan. InsyaAllah YD akan praktikkan ilmu yang telah dipelajari sebaiknya.

Alhamdulillah, inilah hasilnya... Muslimah Dress by YatiDbahri ;-)
YD ambil kesempatan juga bergambar dengan Kak Ina sebagai kenangan.

Sijil penyertaan yang YD perolehi pada hari tersebut
YD rasa berbesar hati sangat ingin kongsikan apa yang YD rasa sejurus selepas siap jahit dress ni. MasyaAllah.. seakan-akan tak percaya yang YD telah berjaya jahit dress ni. Ada juga beberapa kali YD tetas semula jahitan di lengan dan belakang badan. Sememangnya seni menjahit ini memerlukan kesabaran dan ketelitian. Bila jahitan lari sikit, YD buka dan tetas semula. Kemudian jahit sampai hasilnya cantik dan kemas. 

Mungkin ini juga salah satu faktor kenapa YD suka sangat menjahit. Bagi YD menjahit adalah sebagai satu terapi dan disiplin dalam diri untuk menguji erti kesabaran dan ketelitian/fokus dalam sesuatu kerja.

Baik, ada yang mahu belajar menjahit macam yang YD belajar ni? YD amat mengesyorkan kepada kalian untuk menyertai kelas jahitan yang dianjurkan oleh Kak Ina (Rina Talib). Nota dan tunjuk ajar yang diberikan mudah difahami dan semestinya kita dapat belajar langkah demi langkah sehingga siap.

Sekiranya berminat, kalian boleh terus hubungi Kak Ina melalui pm di facebook/instagram beliau seperti berikut:

Instagram: Rina Talib

Ataupun bole terus hubungi beliau di talian: 012.2632124

InsyaAllah, YD berhasrat untuk belajar lagi dengan Kak Ina untuk pattern yang lain di masa akan datang. Doakan ya moga dipermudahkan segala urusan. Amin.

** Nota: Selain kelas jahitan dan menerima tempahan dress, Kak Ina juga menganjurkan kelas bakery dan tempahan bakery. Hebat Kak Ina ni tau, bukan sahaja berbakat dalam seni jahitan, tapi seni bakery dan kulinari juga beliau ada. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...