Teks: Yati Dbahri
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.
Kali ini YD kongsikan lagi hasil jahitan yang YD belajar sendiri dengan tutorial yang ada di internet. Masih menggunakan free pattern yang YD kongsikan di entri yang lalu (klik di sini: Peasant Dress), YD jadikan peasant dress ini sebagai Mini Peasant Jubah pula.
Macamana tu? Ya, YD guna pattern yang sama cuma YD tambahkan pula seluar panjang dan ukuran labuh jubah hanya sampai paras lutus sahaja. Maka jadilah Mini Peasant Jubah ;-)
Alhamdulillah, inilah hasilnya.
Nota: Mini Peasant Jubah ini YD jahitkan untuk anak saudara YD, Dlea yang berusia setahun setengah. Material kain YD mengunakan kain English Cotton bercorak dan juga kosong (plain cotton).
No comments:
Post a Comment