Saturday, March 21, 2015

Mula Dengan Apa Yang Ada

Teks: Yati Dbahri

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

YD imbas kembali tahun yang lalu, kalau ikutkan YD mula serius menjahit pada Mei 2014. Pada ketika itu YD masih tidak mempunyai mesin jahit lagi. Kebetulan keluarga YD akan meraikan majlis perkahwinan adik lelaki YD pada bulan Jun 2014. Oleh itu, kami sepakat untuk memilih warna tema yang sama dan fesyen yang sedondon untuk majlis tersebut. Setiap ahli keluarga akan memakai baju sedondon yang ditatarias dengan lace dan manik untuk ahli keluarga perempuan.

Bermula dari situlah YD mengambil alih tugas untuk menjahit lace dan manik. YD mula dengan apa yang ada. Walaupun tiada mesin jahit lagi, YD kembangkan bakat dan minat yang ada dengan menjahit lace dan manik . Untuk majlis tersebut, YD jahit lace dan manik untuk baju mak, kakak, adik, anak dan diri YD sendiri. Hasilnya sangat memuaskan hati dan sudah tentu YD sangat gembira apabila melihat hasilnya cantik digayakan oleh ahli keluarga sendiri pada majlis tersebut.

Alhamdulillah, walaupun YD bersengkang mata untuk menyiapkan jahitan lace dan manik ini, YD amat berpuas hati dan seronok untuk menyiapkannya mengikut masa yang ditetapkan. InsyaAllah YD akan kongsikan langkah demi langkah tutorial untuk menjahit manik dan lace ini pada entri yang akan datang ya!


Antara gambar-gambar hasil jahitan YD menjahit lace dan manik, jom sama-sama kita tengok ya.








Kesimpulannya, mulakan dengan apa yang ada. Tidak semestinya ada mesin jahit baru kita hendak mula menjahit. Bagi YD bidang seni jahitan amat luas. Sekiranya tiada mesin jahit, kita boleh mula dengan jahitan menggunakan tangan dahulu. Seperti contoh di atas, YD mula dengan menjahit lace dan manik dahulu. YD mula dengan ahli keluarga dahulu, kemudian sahabat-handai dan seterusnya dari mulut ke mulut dan media sosial di internet. Alhamdulillah, daripada minat YD kembangkan menjadi salah satu cabang perkhidmatan yang YD tawarkan pula. 

Ada yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan jahitan lace dan manik daripada YD? Ya, sudah tentu YD alu-alukan pertanyaan dan tempahan daripada kalian semua. Boleh terus hubungi YD melalui email: yatidbahri@gmail.com atau sms/watsap/telegram YD di talian: 019-6627100. 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...