Monday, February 23, 2015

Mula Jahit Peasant Dress

Teks: Yati Dbahri

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Projek jahit pertama untuk tahun 2015, YD akan fokus kepada jahitan pakaian baby dan kanak-kanak. Kenapa? Ya, YD ada sepasang anak lelaki dan perempuan. Impian YD dari dahulu lagi nak jahit dan tengok anak-anak YD pakai apa yang YD jahit sendiri. Rasa puas hari bila tengok anak-anak happy dengan hasil tangan YD sendiri. Seperkara lagi YD memang geram bila tengok baju-baju baby dan kanak-kanak yang kecil dan super cute. Mulalah berangan nak ada baby lagi. (tersenyum sendiri dalam hati sambil berangan..)

Puas YD google di internet dan YD rasa dress ni adalah yang paling mudah dan simple untuk dijahit. Dress yang YD maksudkan adalah Peasant Dress. Ya, lama dah YD nak cuba. Alhamdulillah, terlaksana juga hari ini. Untuk peasant dress ni YD cuba buat untuk saiz 2 tahun. YD menggunakan lebihan kain yang ada di rumah sahaja. Untuk pattern/pola pula, sebenarnya banyak tutorial dan free pattern/pola yang terdapat di internet. Kita taip dan search sahaja di en. google.

Ok, jom kita cuba langkah demi langkah jahit Peasant Dress ni. Untuk peasant dress pertama ni, YD menggunakan free pattern yang terdapat di link ini:-


Alhamdulillah, inilah hasil YD jahit Peasant Dress. Hanya menggunakan tutorial yang diberikan dalam link seperti di atas.








Nota: Tutorial peasant dress seperti link di atas sangat membantu untuk newbie dan beginner seperti YD. Alhamdulillah, YD berjaya jahit peasant dress ni dalam masa dua hari. Many thanks to Jamie for this great tutorials!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...