Tuesday, February 10, 2015

Semangat Berbento

Teks: Yati Dbahri

Assalamualaikum & salam sejahtera

Sudah hampir sebulan Arissa bersekolah di Tahun 1. Daripada hari pertama persekolahan sudah nampak perubahan sedikit demi sedikit. Bila diimbas semula pada hari pertama persekolahan, Arissa sudah kalah bermain dengan emosi. Menangis pada hari pertama sehinggalah berlarutan pada mingu kedua setiap kali Ummi atau Abah meninggalkannya di sekolah. Mungkin sudah lama bercuti sekolah dan suasana sekolah yang baru. Arissa masih tercari-cari lagi keserasian dirinya dengan suasana baru tersebut. Alhamdulillah, kini Arissa kembali normal. Tidak menangis lagi. Sudah mula berkawan dan boleh sesuaikan diri dengan suasana baru.

Dari hari pertama persekolahan,YD akan bekalkan makanan untuk sesi rehat pagi pada jam 9.15 pagi dan makan tengahari pada jam 1.15 petang. Seingat YD sejak dari pra sekolah lagi YD sudah biasakan Arissa dengan membawa bekal @ bento ke sekolah. Wang belanja kami beri juga, akan tetapi wang itu kami didik Arissa untuk menyimpan dan bila perlu sahaja akan digunakan di sekolah.




Gambar di atas adalah bento Arissa hari ini untuk waktu rehat pagi. YD sangat teruja dengan rakan-rakan di grup Bento Malaysia di facebook. Mereka sangat kreatif dan rajin apabila menyediakan bento untuk anak-anak. Walaupun hanya silent reader, YD banyak belajar daripada grup tersebut tentang idea masakan dan cara deko bento tersebut. Jadi tahun ni YD berazam untuk kekal menyediakan bento Arissa setiap hari dan cuba aplikasikan idea-idea yang kreatif dalam berbento. InsyaAllah Harith juga YD akan sediakan bento suatu hari nanti. Bento Arissa hari ini adalah Nasi Goreng Udang dan juga Butter Cupcakes. 


Untuk semalam YD sediakan mee goreng untuk waktu rehat pagi (YD tak sempat snap gambar semalam) dan untuk waktu tengahari YD sediakan nasi putih berlauk seperti gambar di bawah ni.



Sebentar lagi YD akan sediakan pula makan tengahari. Agak-agak nak masak apa ya untuk bento dan makan tengahari nanti?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...