Saturday, March 26, 2016

DIY Simple Tote Bag

Teks: Yati Dbahri

Seperti yang YD janjikan, hari ini YD akan share langkah demi langkah Simple Tote Bag Elly tempohari.

Peralatan yang diperlukan:

 - Kain cotton (ukuran 14" x 14") - 2 keping 
 - Lining bag (ukuran 14" x 14") - 2 keping 
   *optional: boleh juga guna kain batting
 - Cotton webbing (ukuran....) - 2
 - snap button (optional)
 - Benang
 - Mesin jahit

Ok, jom kita ikuti langkah demi langkah cara menjahit tote bag ni ya.

Ini adalah antara bahan asas yang diperlukan :-
1. Kain cotton - YD guna English Cotton
2. Lining Bag bergam - YD guna ni untuk nampakkan bag ni tebal
dan tegap apabila didirikan
* boleh juga digantikan dengan kain batting.
3. Tali bag - kebiasaannya YD guna cotton webbing sahaja.
Tapi stok da habis. Jadi YD gunakan nylon webbing.
* sekiranya tiada cotton webbing, tali bag
boleh juga dibuat sendiri menggunakan kain cotton.

Potong kain cotton sebanyak 2 keping mengikut ukuran yang
diperlukan. Jangan lupa masukkan basi sebanyak 0.5" ya.

Sama juga dengan lining bag.
Bila da potong bole digam terus pada kain cotton tadi.

Kemudian kita jahit tepi (overlock sticth) pada setiap kepingan body bag.
* Nak cantik, YD ukur dahulu atas kain lining bag,
potong dan kemudian baru lekatkan di atas kain cotton.
Bila da lekat, baru kita potong kain cotton mengikut ukuran yang
kita dah tanda atas lining bag tadi.



Jahit dahulu tali bag di sebelah dalam seperti
garis dot-dot merah di atas.

Kemudian lipat ke dalam berukuran 1" dan jahit lurus
daripada A ke B. Hendak mudah ketika menjahit,
YD klipkan lipatan seperti di atas.

Beginilah rupanya apabila tali bag telah dijahit.

Langkah seterusnya lipat tali bag seperti gambar di atas dan
jahit zigzag pada garis dot-dot merah tu ya. Lakukan langkah
yang sama untuk kepingan bag yang satu lagi.

Cantumkan kedua-dua keping body bag yang telah dijahit
talinya seperti gambar di atas. YD masih menggunakan klip
untuk memudahkan proses menjahit nanti.

Jahit lurus daripada A - B, B - C dan C - D
(seperti garis dot-dot merah di atas).
Ukuran dalam 0.5" basi.

Buka bag seperti gambar di atas.
Kemudian lipat di bahagian bawah tepi kiri kanan bag
untuk mendapatkan tapak bag. 

Untuk membuat tapak bag, kita garis dahulu daripada A ke B.
Ukuran YD buat 1.5 " daripada tepi bucu bag.
Kemudian jahit lurus daripada A - B.

Bila dah jahit, kita potong bucu tadi seperti gambar di atas.
Lakukan langkah yang sama untuk kedua-dua belah bucu bag kiri dan kanan.
Selesai sudah jahitan tote bag dan boleh diterbalikkan ya.

Tadaa... inilah rupa Simple Tote Bag apabila telah diterbalikkan.
Mudah kan cara membuatnya.

Yang ni view daripada tepi bag. Nampak tegak je tote bag ni sebab
YD letak lining bag tadi.

Close up view daripada bahagian tapak bag

Yang ni optional. Tote bag ni tidak menggunakan zip tetapi YD gunakan
snap button sahaja. 

Bagi newbie dalam jahitan, simple tote bag ni amat sesuai sebagai projek jahitan untuk kita praktikkan ilmu menjahit. Mudah sahaja kerana hanya menggunakan jahitan lurus. 

Selamat mencuba!

5 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...