Thursday, March 31, 2016

Acuan Leher

Teks: Yati Dbahri



Ahaa.. ini lah acuan leher. Antara gadjet penting dan berguna untuk YD dalam jahitan ni. Acuan leher ni sangat membantu dan memudahkan YD untuk membuat leher baju kurung, baju melayu atau apa-apa pattern yang menggunakan kolar leher bulat.

YD beli acuan leher ni secara online daripada Abel Collection.

Acuan leher ni diperbuat daripada kertas keras (cardboard) dan mempunyai pelbagai saiz bergantung kepada saiz baju. Total acuan leher dalam satu set ada 11 acuan leher, daripada saiz kanak-kanak sehingga dewasa. Cara menggunakan acuan leher ini juga ada disertakan secara ringkas.

* untuk baju melayu baby yang YD tunjukkan pada entri yang lepas, YD menggunakan saiz 11 ya.

Untuk cara menggunakan acuan leher dan jahit lubang leher, YD selalu rujuk video oleh Pn Mariati (Kak Tie) di youtube. YD pernah belajar jahit baju kurung pahang dengan Kak Tie ni dahulu. Linknya seperti di bawah:-



* Tq Kak Tie, video di atas sangat bermanfaat untuk semua yang hendak belajar memotong dan menjahit lubang leher.

Wednesday, March 30, 2016

DIY Pola Baju Melayu Baby

Teks: Yati Dbahri

Ingat lagi tak entri YD yang lepas berkenaan Baju Melayu lama Harith? Baju ni YD akan jadikan baju contoh untuk YD jahit baju melayu baby. Size baju melayu ni size 1, sesuai untuk baby berumur 6 - 12 bulan.

Entri kali ni YD nak share macamana YD ukur baju melayu baby dan seterusnya merajah pola berdasarkan ukuran yang kita ambil daripada baju contoh ni. Kalau nak tahu, beginilah cara YD belajar mengukur dan merajah pola. Bagi YD baju melayu baby (teluk belanga) adalah pattern baju yang mudah untuk dijahit. 90% adalah jahitan lurus dan 10% lagi jahitan lurus yang melibatkan jahitan lengkung di bahagian leher.

Sebelum mengukur dan merajah, sediakan peralatan jahitan berikut:-

1. Baju melayu contoh
2. Tali pengukur
3. Pen/pensel
4. Buku nota/ kertas nota
5. Kertas minyak/ suratkhabar (untuk pola)
6. Pembaris
7. Gunting kertas

Kemudian, boleh mula langkah demi langkah berikut:-

1. Bentangkan baju melayu seperti dalam gambar di bawah ni.


2. Mula mengukur seperti berikut:-


Bahu: A - B
Labuh baju: A - C
Labuh tangan: B - D
Lebar pesak: E - F
Panjang pesak: E - G
Kekek
Poket baju

Lakaran dalam buku nota YD

3. Mula merajah pola mengikut ukuran yang telah kita ambil tadi. YD lukis pola ikut ukuran tadi di atas kertas minyak menggunakan pensel. 

a) pola badan: ABCG
b) pola tangan
c) pola pesak: EFGH
d) pola kekek
e) pola poket baju

* Untuk basi jahitan, ada dua pilihan untuk masukkan skali basi jahitan semasa melukis pola atau pun ditambah basi jahitan semasa memotong kain. Seperti YD, YD suka masukkan sekali ukuran basi di dalam pola. 
* Lebihkan basi 0.5". Untuk labuh baju dan labuh tangan YD lebihkan basi 1.5"

Pola baju melayu yang telah siap dipotong. 
* Untuk poket baju, bole ikut ukuran seperti gambar di bawah. YD lukis di atas kertas tebal sedikit supaya mudah untuk kita bentukkan di atas kain nanti.

Pola poket baju melayu baby. YD buat bentuk begini,
mudah nak jahit nanti. Di bahagian bucu bawah poket tu
terpulang kepada kita nak buat curve sedikit atau seperti di atas. 
4. Apabila pola sudah siap, proses seterusnya adalah memotong kain dan jahit sehingga selesai.

Mudah kan? Untuk newbie dalam jahitan, boleh ikut langkah demi langkah seperti yang YD tunjukkan di atas. 

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!

p/s: YD alu-alukan sebarang komen. Kalau ada kesilapan atau ada yang perlu ditambah boleh komen di bawah ya. YD pun masih belajar dalam bab merajah pola ni ;-)

Sunday, March 27, 2016

Baju Melayu Lama

Teks: Yati Dbahri

Pagi ni YD mengemas baju-baju lama. Tujuannya YD hendak mencari baju melayu lama Harith ketika usianya setahun. 

Baju melayu ni milik Abang Harith (anak kedua YD).
Abang Harith pakai baju ni masa usianya baru menginjak setahun.
Harith 1y; Raya 2012
Bila dah jumpa baju melayu lama ni, YD terus sarungkan baju ni pada baby Hafiy. Kalau tengok gambar-gambar di bawah ni, nampak gayanya Hafiy suka dan saiznya pun sesuai untuk Hafiy, walaupun Hafiy baru berusia 3 bulan. Berat Hafiy masa ni 7.7 kg.






Cuba teka YD nak buat apa dengan baju melayu lama ni?

Kita sambung dalam entri yang akan datang.


Saturday, March 26, 2016

DIY Simple Tote Bag

Teks: Yati Dbahri

Seperti yang YD janjikan, hari ini YD akan share langkah demi langkah Simple Tote Bag Elly tempohari.

Peralatan yang diperlukan:

 - Kain cotton (ukuran 14" x 14") - 2 keping 
 - Lining bag (ukuran 14" x 14") - 2 keping 
   *optional: boleh juga guna kain batting
 - Cotton webbing (ukuran....) - 2
 - snap button (optional)
 - Benang
 - Mesin jahit

Ok, jom kita ikuti langkah demi langkah cara menjahit tote bag ni ya.

Ini adalah antara bahan asas yang diperlukan :-
1. Kain cotton - YD guna English Cotton
2. Lining Bag bergam - YD guna ni untuk nampakkan bag ni tebal
dan tegap apabila didirikan
* boleh juga digantikan dengan kain batting.
3. Tali bag - kebiasaannya YD guna cotton webbing sahaja.
Tapi stok da habis. Jadi YD gunakan nylon webbing.
* sekiranya tiada cotton webbing, tali bag
boleh juga dibuat sendiri menggunakan kain cotton.

Potong kain cotton sebanyak 2 keping mengikut ukuran yang
diperlukan. Jangan lupa masukkan basi sebanyak 0.5" ya.

Sama juga dengan lining bag.
Bila da potong bole digam terus pada kain cotton tadi.

Kemudian kita jahit tepi (overlock sticth) pada setiap kepingan body bag.
* Nak cantik, YD ukur dahulu atas kain lining bag,
potong dan kemudian baru lekatkan di atas kain cotton.
Bila da lekat, baru kita potong kain cotton mengikut ukuran yang
kita dah tanda atas lining bag tadi.

Friday, March 25, 2016

Cabaran 10 Baju Melayu Baby

Teks: Yati Dbahri

#Cabaran10BajuMelayuBaby


Cabaran 10 baju melayu baby?

Memandangkan agak lama juga YD berehat daripada menjahit, YD terpanggil hendak mencabar diri sendiri untuk menjahit 10 pasang baju melayu baby. Idea cabaran menjahit ni YD follow daripada Kak Tini Hani. Kalau ada yang follow blog TiniHani, beliau ada membuat Cabaran 10 Blouse. Seronok tengok semangat beliau menjahit 10 blouse dari mula hingga selesai. Jadi YD jadikan idea Kak Tini ni sebagai cabaran untuk YD polishkan semula skill jahitan YD yang dah lama berehat daripada menjahit.

Terima kasih kak Tini! YD selalu follow cerita pengalaman dan hasil jahitan beliau di blog dan instagram. Beliau adalah antara crafter senior yang menjadi sumber inspirasi YD dalam jahitan. Nak tau lebih lanjut aktiviti jahitan TiniHani, boleh follow blog dan ig beliau ya.

Ha..kenapa YD nak cabar diri sendiri?

1. Saja je sebenarnya nak bagi semangat sikit pada diri sendiri. Maklumlah dah lama berehat daripada menjahit. Jadi macam KPI jugalah untuk siapkan 10 pasang baju melayu ni.

2. YD mahu fokus dalam jahitan. Untuk kali ni YD mahu fokus pattern baju untuk baby daripada newborn sehingga kanak-kanak umur setahun sahaja. Jadi YD mula dahulu dengan baju melayu baby.

3. Bila lama berehat daripada menjahit, YD rasa banyak kemahiran dan teknik jahitan yang YD hampir lupa. Jadi, seperti yang YD selalu kata, "Practice Makes Perfect". Cabaran ni sebagai langkah YD nak mahirkan semula dan tambahkan lagi kemahiran. 

4. Alang-alang YD buat cabaran ni, YD akan buat satu entri khas bagaimana nak merajah pola baju melayu baby. Ada yang berminat nak tahu? Jangan lupa follow entri YD yang seterusnya ok. InsyaAllah.

Ok, nantikan ya entri seterusnya.Ada yang nak join pun boleh, sesuai sangat untuk projek jahit newbie dalam jahitan.

Thursday, March 24, 2016

Simple Tote Bag

Teks: Yati Dbahri

Sesi memanaskan enjin setelah berbulan-bulan rehat daripada menjahit. Alhamdulillah, simple tote bag untuk Arissa (Kak Cha). Dari tahun lepas lagi sebenarnya Kak Cha request Ummi (YD) jahitkan tote bag ni. Tapi tertangguh sehingga lah semalam YD siapkan sebuah simple tote bag khusus untuk Kak Cha pakai ke kelas KAFA.

Ok, meh cuci mata jap ;-)

Pattern: Simple Tote Bag
Material: English Cotton
Corak: Elly, Blue Black
Size: 14" x 14"
* bag ni YD guna lining bag sahaja, ada tapak di bawahnya 

Pandangan daripada tepi

Close up bahagian bawah bag (ada tapak ukuran dalam 4")

Simple tote bag ni YD hanya guna snap button sahaja. Tiada zip ya ;-)
Ada yang berminat nak jahit simple tote bag ni? Nanti YD up tutorial tote bag ni ya. InsyaAllah. 

Tuesday, March 08, 2016

Pola Baju Melayu Romper Abel Collection

Teks: Yati Dbahri

Hari ni YD #throwback semula entri pada tahun lepas. Entri berkenaan baju melayu romper. Ada yang bertanyakan kepada YD tentang pola baju melayu ni.

Untuk pola baju melayu ni sebenarnya YD beli sahaja pola yang sudah siap daripada Abel Collection. Masa ni YD sedang sarat mengandung trimester ketiga dan YD rasakan hendak jimat masa. jadi YD tempah sahaja pola yang sudah siap. Bila pola dah sampai di tangan, YD terus potong kain mengikut pola yang ditempah dan jahit sehingga siap.

Pola baju melayu romper daripada Abel Collection

Nota ringkas cara nak potong dan jahit juga disediakan
Inilah hasilnya bila dah siap.
Yang ni untuk size M (3-6 bln).
Ada yang berminat nak jahit sendiri baju melayu romper ni, bole tempah pola dengan Abel Collection di FB. Bole terus PM FB Abel di sini: Abel Collection

Atau ada yang berminat nak tempah baju melayu romper dengan YD pun boleh, cuma YD terima kain cotton sahaja.

InsyaAllah, nanti sudah open order YD war-warkan ya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...