Saturday, February 13, 2016

Jubah Aqiqah Baby

Teks: Yati Dbahri

Ingat lagi tak entri YD yang lepas-lepas berkenaan jubah Imran aka jubah mekah? Boleh klik di sini untuk lihat entri tersebut. Kali ini YD jahitkan jubah yang sama untuk aqiqah baby Hafiy yang telah berlangsung pada cuti tahun baru cina yang lalu di Chenor, Pahang.

Sebenarnya, agak last minute jugalah persiapan majlis. Tapi oleh kerana majlis diadakan sekali semasa majlis perkahwinan sepupu suami di Pahang, jadi kami hanya perlu menghadirkan diri dan sediakan sedikit goody untuk ahli marhaban sahaja.

Untuk jubah aqiqah baby Hafiy, YD masih menggunakan material kain cotton kerana ciri kain ini yang selesa dan sesuai untuk baby. Ukurannya pula YD ikut ukuran baju sedia ada baby Hafiy. Cara jahitnya pula sama seperti yang telah ditunjukkan dalam tutorial di blog Puan Azima.

Seharian YD jahit jubah ni, alhamdulillah siap juga sepasang! Inilah jubah pertama untuk permulaan tahun 2016.

Jubah Aqiqah Baby
Material: English cotton (corak polkadot)
Warna : coklat
Saiz: 0 - 3 bulan

close up bahagian leher menggunakan kolar V

Tidak ketinggalan.. label baju BYD :-p

Muhammad Hafiy Ilman

Gayakan jubah dengan kopiah baby

alhamdulillah... baby Hafiy behave masa hari Aqiqah.
Senyum je ;-)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...