Wednesday, August 05, 2015

Baju Melayu Teluk Belanga Untuk Baby

Teks: Yati Dbahri

Salam 20 Syawal 1436H.

Masih lagi mood Syawal. Seperti yang dijanjikan, hari ini YD update hasil jahitan yang YD sempat jahit seminggu sebelum raya aritu.

Alhamdulillah, baju melayu teluk belanga untuk baby siap juga akhirnya. Kalau tengok gambar di bawah ni ada dua pasang kan? Ya, dua baju melayu yang sama dijahit dengan penuh kasih sayang untuk anak buah kembar YD iaitu Muhammad Khaleesh Fayyad dan Muhammad Khaleesh Rayyan. Fayyad dan Rayyan ni baru sahaja berusia 5 bulan lebih. Agak mencabar jugalah untuk menjahit baju melayu baby yang secomel dan bersaiz kecil ni. Apa-apapun ini adalah kali pertama YD jahit baju melayu baby dan alhamduillah YD berpuas hati dengan hasilnya.


Pattern: Baju melayu baby (teluk belanga)
Material: Satin Valentino
Saiz: 6-12 bulan

Ni la Fayyad dan Rayyan ;-)
Baju Melayu Baby Teluk Belanga by YatiDbahri.

Macamana YD menjahit baju melayu ni?
Baik, YD sebelum ni pernah menjahit baju kurung sendiri. Jadi, untuk menjahit baju melayu baby ni, YD rasa teknik jahitannya lebih kurang sama iaitu pada bahagian bajunya. Maksud YD bahagian pesak, badan baju dan leher baju. Konsepnya lebih kurang sama..betul tak? Cuma baju melayu ni ada seluar, ada poket dan labuh baju pendek sehingga paras peha sahaja.

Untuk memola baju melayu ni, YD menggunakan ukuran standard untuk bayi berusia 6-12 bulan. Seperti biasa YD google sahaja di internet. Selepas buat pola baju dan seluar, seterusnya potong kain dan jahit sehingga selesai.

Antara tutorial yang YD rujuk untuk jahit baju melayu baby ni:


2. Tutorial guna acuan leher - https://youtu.be/O7CDHDiWcZY

3. Tutorial jahit lubang leher - https://youtu.be/ZlU6rcyVjW4

4. Tutorial jahit seluar baju melayu budak - https://youtu.be/psDwnNVvrXk

5. Tutorial buat poket baju melayu - https://youtu.be/VV-Ckx9HegA

6. Tutorial jahit poket baju melayu dengan kemas - https://youtu.be/cH0qg7VyVLM

Terima kasih kepada individu-individu yang telah membuat tutorial video seperti link di atas. Ianya sangat membantu amatur seperti YD.

Semoga entri ni memberi panduan dan menjadi pembakar semangat untuk kalian mencuba untuk menjahit baju melayu baby!

16 comments:

  1. Salam.cantik jahitan sis.ada terima tempahan tak?

    ReplyDelete
  2. Salam.cantik jahitan sis.ada terima tempahan tak?

    ReplyDelete
  3. W'salam..terima kasih Sis Nur Ashiqin :) Mohon maaf sis, buat masa ni tempahan belum dibuka lagi.Saya masih bercuti dalam pantang ank ke-3.

    ReplyDelete
  4. Puan Yati dah terima tempahan, mintak tolong hubungi saya ye. 0145070061. izzati . Terima kasih :-)

    ReplyDelete
  5. Ok, noted Pn Izzati.InsyaAllah..terima kasih :)

    ReplyDelete
  6. assalam puan.. untuk bby dlam 4bulan bape meter ye kain diperlukan?

    ReplyDelete
  7. Wsalam Pn Areda,
    Semeter pn da ckp klu bby 4 bln.tu pn ada lebih ;-)

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. Salam puan..klau utk 6-12 bulan,brpe meter kain ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam puan..semeter shj..tp klu kain bercorak kna betul2 letak pola tu cz mmg ngam2 ckp utk baju & seluar.

      Delete
  10. Assalam puan. Boleh share ukuran tak utk baju melayu baby ni? Terima kasih. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm Miss Senorita.
      Maaf lambat reply.. bole ikut ukuran standard baby utk 6-12 bln :-
      Bahu - 8.5"
      Labuh tgn - 9"
      Labuh baju - 14"
      Pinggang getah - 16"
      Labuh seluar - 15"

      Selamat mencuba. Tq:)

      Delete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. assalam puan,bby 10bln brpa meter ya ?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...