Wednesday, July 29, 2015

Syawal 1436H

Teks: Yati Dbahri

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.





Salam 13 Syawal 1436H untuk semua. Alhamdulillah, syawal kali ini disambut sederhana sahaja tapi amat bermakna untuk kami sekeluarga. Dugaan untuk kami adik-beradik. Abah dimasukkan wad dua hari sebelum Syawal menjelma. Walaupun sedih dan risau dengan kesihatan abah, alhamdulillah setiap yang berlaku ada hikmahnya. YD dapat rasakan ukhuwwah antara kami 9 adik-beradik saling bantu-membantu menjaga abah di hospital dan menguruskan persiapan Hari Raya di kampung walaupun kami tidak menyambut Syawal seperti tahun-tahun sebelumnya. 

Pagi Syawal abah masih di hospital berada di bawah pemantauan doktor pakar. Lebih lagi dugaan YD dan suami apabila anak kedua YD juga dimasukkan ke wad kecemasan sehingga lewat petang raya pertama. Maka kami berkampung akhirnya di hospital sahaja pada hari tersebut. Suasana Syawal masih terasa apabila melihat ramai pelawat-pelawat yang berlegar di hospital memakai persalinan raya. Tidak ketinggalan juga petugas-petugas di hospital dan dekorasi hospital yang dihiasi dengan hiasan ketupat dan kad raya. YD bersama Harith di wad kecemasan menunggu proses drip air Harith selesai sehingga lewat petang bersama pesakit-pesakit lain di sana. Sebuah pengalaman yang semestinya YD tidak akan lupakan selamanya.

Alhamdulilah, Harith sembuh sepenuhnya selepas Syawal yang ketiga dan abah juga dapat discaj pada petang Syawal yang ketiga. Moga abah diberi kekuatan untuk cepat sembuh sepenuhnya di rumah. InsyaAllah.

Di kesempatan ini, YD mohon salah dan silap sepanjang YD menulis di blog ini. Salam kosong-kosong ya. InsyaAllah, YD akan kongsikan hasil jahitan YD seminggu sebelum raya aritu. Nantikan ya!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...