Sunday, November 15, 2015

Jubah Baby

Teks: Yati Dbahri

Bersambung cerita daripada entri yang lepas, kali ni YD cuba pula jahit jubah untuk baby.

Sebelum ni YD pernah jahit jubah kanak-kanak untuk Harith, tapi bezanya jubah ini adalah pada kolar dan lengannya. Jubah baby ni sangat simple dan nampak kemas apabila digayakan. Lehernya YD menggunakan kolar bulat seperti baju melayu (ada tetulang) dan potongan lengan yang bersambung terus dengan bahagian badan.

Mula-mula agak susah juga hendak jahit kolar jenis ini, tapi bila kita sudah tahu tekniknya, mudah sebenarnya dan hasilnya pun nampak kemas. Yang penting kita berani mencuba dan terus menjahit untuk dapatkan kemahiran tu. Lebih-lebih lagi apabila menjahit teknik 'bias-tape' di bahagian leher. Yang ni memang kena practice selalu supaya jahitan lebih kemas.

Oh ya, kalau perasan untuk jubah baby dan baju melayu romper ni, YD menggunakan butang baju snap. Material kain pula masih menggunakan kain cotton.

Jubah ini amat sesuai dipakai untuk majlis rasmi seperti majlis aqiqah, kenduri kahwin, hari raya dan sebagainya. Tapi kalau nak pakai untuk tidur dan pergi jalan-jalan pun sesuai sahaja.

Saturday, November 14, 2015

Baju Melayu Romper

Teks: Yati Dbahri

Cerita minggu ni.. YD sempat jahit sepasang baju melayu romper untuk baby. Memang sudah lama YD berniat hendak menjahit baju melayu romper ni. Kalau masa raya hari tu, baju melayu romper ini sudah menjadi satu fenomena untuk semua para ibu menggayakan baby masing-masing.

Bagi YD baju romper ini mudah dipakai kerana baju dan seluar bersambung sekali. Bila kita pakaikan pada baby hanya sekali sarung sahaja. Sangat praktikal untuk baby yang mudah meragam dan sangat comel apabila dipakai.
Jadi begitu juga dengan baju melayu romper ni. Sekali tengok nampak seperti baju melayu tapi seluarnya bersambung terus di bahagian pinggang.

Dari segi material kain, YD lebih suka menggunakan kain cotton. Cotton amat sesuai untuk baby kerana kainnya tidak panas dan mudah menyerap peluh. Coraknya yang pelbagai juga menjadikan baju melayu romper ini lebih comel apabila dipakai oleh baby.

Ini adalah kali pertama YD menjahit baju melayu romper. Alhamdulillah, YD amat berpuas hati dengan hasilnya. Mudah sahaja sebenarnya, cuma kena lebih teliti apabila menjahit di bahagian leher dan lengan. 'Practice makes perfect!'.

Ok, meh cuci mata tengok hasilnya ya :-)

Tuesday, November 03, 2015

Tempahan Tote Bag Lagi

Teks: Yati Dbahri

Terima kasih kepada Puan Diana atas tempahan 2 in 1 Tote Bag hasil sentuhan ByYatiDbahri.

2 in 1 tote bag yang ditempah adalah khas untuk anak sulungnya. Katanya hendak bawa ke kelas tote bag ini.

Ada kelainan sedikit pada tote bag yang YD jahit pada kali ini. YD tambah sedikit jahitan applique menggunakan felt. Juga jahitan quilt simple pada sebelah fabrik yang ada batting. Saiz bag ini juga agak besar dan boleh muat fail bersaiz A4.

Material: English Cotton
Size: 16" x 15"
Ciri-ciri:
- 2 in 1 (reversible tote bag)
- ada 2 pilihan corak (handbag dan stripes)
- menggunakan batting
- menggunakan teknik jahitan quilt yang simple di bahagian fabrik yang ada batting
- menggunakan snap button
- menggunakan tali cotton webbing
 - tambahan felt applique (flower applique dan alphabet applique)
Close up... corak yang ni ada tambahan felt applique.
YD jahit felt applique ni menggunakan tangan supaya lebih kukuh apabila di basuh.

Close up... yang ni pula ada batting dan jahitan quilt yang simple supaya lebih kemas dan kukuh.

Close up... ni la dia simple felt applique yang YD jahit menggunakan tangan.
Applique ni ditampal dahulu menggunkan gam fabrik dan
kemudian YD jahit tangan menggunakan teknik jahitan jelujur.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...