Sunday, January 31, 2016

Organiser Bag Sarang Craft By Abby

Teks: Yati Dbahri

#throwback

Ting tong ... loceng rumah berbunyi. YD intai di balik tirai ada abang posmen la.

Weee... giveaway dari Sarang Craft sudah sampai!

Organiser Bag, hadiah giveaway daripada Sarang Craft By Abby ;-)
Alhamdulillah, sampai juga giveaway ni ke tangan YD. Terima kasih Abby! Hilang rasa rindu nak menjahit bila pegang organiser bag ni. YD happy sangat ;-). Apa yang kita nampak dalam gambar, macam tu jugalah in reality, memang cantik dan indah kejadiannya. Jahitan yang sangat kemas dan teliti. Terus YD admire dengan hasil jahitan Sarang Craft (SC). 

Sebenarnya YD baru sahaja follow (ikuti) Sarang Craft di instagram. Bila berpantang menjahit, YD lepaskan gian menjahit tu dengan explore apa-apa yang berkaitan jahitan dan kraftangan dalam instagram, facebook dan pinterest. Kebetulan SC ada anjurkan giveaway, jadi YD terus sahaja sertai sebagai tanda sokongan. Dalam hati YD kata, alangkah bestnya kalau YD menang. Sebab YD sudah lama berangan hendak jahit sesuatu ala-ala organiser ni. Alhamdulillah, rezeki baby baru, YD bertuah kali ini. 

Alang-alang YD sudah tulis berkenaan entri ni, YD jemput semua yang meminati hasil jahitan handmade untuk follow Sarang Craft di instagram dan facebook. Tak rugi follow, sebab macam-macam ada di Sarang Craft ni. Selain organiser bag, SC juga menerima tempahan untuk tote bag, nursing pillow, baby pillow, bedak caddy, brooch keeper dan pelbagai lagi handmade item. Seperkara lagi, pemilik Sarang Craft iaitu Puan Abby juga ada menganjurkan kelas jahitan kraf. Untuk maklumat lanjut berkenaan kelas jahitan dan membuat tempahan, boleh terus hubungi Cikgu Abby ya:

Email: sarangcraftbyabby@gmail.com
sms/watsap: 016.7220412
Instagram: @sarangcraftbyabby
.
.
.
.
.

Agak-agak YD gunakan untuk apa organiser bag ni?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Tadaaa...

YD gunakan organiser bag ni untuk alatan jahitan  YD ;-)

Macam-macam YD boleh letak dalam organiser bag ni.
Dah macam poket doraemon plak ;-p

InsyaAllah, ada masa mengizinkan YD teringin juga nak join kelas anjuran Sarang Craft ni. Boleh la masukkan dalam list 2016 ;-)

Friday, January 29, 2016

Menang Giveaway Sarang Craft By Abby!

Teks: Yati Dbahri

Entri ringkas YD hari ini. 

Permulaan tahun 2016 yang baik. YD bertuah kali ini kerana telah memenangi hadiah Giveaway anjuran Sarang Craft By Abby di instagram sempana ulangtahun Sarang Craft yang kedua.

Alhamdulillah... :-)

Jutaan terima kasih Sarang Craft By Abby! Happy sangat menang giveaway ni :-) Semoga Sarang Craft By Abby terus sukses dan sentiasa diberkati oleh-Nya.

Nanti YD tulis entri berkenaan Organiser Bag ni panjang-panjang ya!






Wednesday, January 27, 2016

Jangan Menjahit Dan Membaca Ketika Berpantang

Teks: Yati Dbahri

Menurut kata orang-orang tua, antara amalan yang dilarang semasa berpantang bersalin adalah ibu-ibu dilarang menjahit pakaian dan membaca. Ha..sejauh mana YD amalkan pantang larang ini dan kenapa kena berpantang daripada menjahit dan membaca?

Ya, secara logiknya sudah tentu keadaan fizikal kita masih lemah dan perlu banyak berehat daripada aktiviti-aktiviti yang memudharatkan diri. Ini termasuklah aktiviti menjahit. Sebab itulah YD simpan siap-siap semua mesin jahit YD sebelum bersalin hari tu. Sekarang YD pandang dari jauh sahaja. (Dalam hati YD kata, ada hati juga tangan tu nak pegang mesin jahit. Lol)

Begitu juga membaca. Tidak kiralah samada baca buku, baca muka buku ataupun baca di blog. Ini dikhuatiri akan menyebabkan ibu-ibu cepat mengalami rabun sebelum usia tua.

Kesimpulannya, nama pun berpantang bersalin, jadi seboleh-bolehnya kita berpantanglah sebaik-baiknya. Apa yang tidak boleh dan boleh dilakukan semasa berpantang hendaklah kita ikuti. Ini semua untuk kebaikan kita sendiri. Bukan apa, esok-esok kalau sakit diri sendiri kita juga yang akan tanggung. Jadi gunakan tempoh berpantang ini sebagai satu tempoh untuk kita berehat dan sembuh sepenuhnya.  

Monday, January 25, 2016

Rezeki Hujung Tahun 2015

Teks: Yati Dbahri

Lama YD menyepi, alhamdulillah hari ini masuk hari yang ke 50. Sekejap je masa berlalu. Selesai sudah tempoh 44 hari berpantang. Rindu nak menulis, banyak sebenarnya YD nak share sepanjang tempoh rehat dan berpantang ni. Ini adalah entri pertama YD untuk tahun 2016. Masih belum terlambat untuk YD ucapkan Selamat Tahun Baru 2016. Moga tahun ini lebih bermakna dan lebih baik daripada tahun sebelumnya.

Ok, kita imbas kembali episod kelahiran cahaya mata ketiga YD, doktor jadualkan YD akan bersalin secara pembedahan pada 16 Disember 2015 yang lalu. Akan tetapi, pembedahan terpaksa dilakukan lebih awal kerana air ketuban sudah pun pecah (leaking) pada usia kandungan 37 minggu.

Cemas juga YD pada ketika itu. Suami berada di pejabat. Hanya YD dan Arissa sahaja berada di rumah. Mujur juga Harith kami hantar ke sekolah pada hari tersebut. Tidak mempunyai pengalaman pecah air ketuban sebelum kelahiran, terus sahaja YD hubungi kakak di talian bertanyakan pendapatnya. 

Selepas itu, YD terus hubungi suami pula untuk memberitahunya segera balik ke rumah. Sementara itu YD terus bersiap untuk ke hospital. Jam di dinding pada ketika itu lebih kurang jam 10.30 pagi.

Sampai di hospital terus ke dewan bersalin (kecemasan) dan membuat pendaftaran seperti biasa. Pada masa ini YD masih lagi tenang dan sekejap-sekejap mengalami sakit kontraksi yang kerap. Selepas daftar, prosedur biasa doktor akan membuat pemeriksaan selanjutnya. Menurut doktor yang bertugas, air ketuban yang keluar semakin banyak dan YD perlu dibedah dengan segera. Ya Allah, tuhan sahaja yang tahu perasaan YD pada ketika itu. Risau dan berdebar jugalah. Terus teringat masa kelahiran Arissa dan Harith dahulu. Emergency c-zer juga! YD redha, dan harapan pada ketika itu YD hanya berserah kepada tuhan moga dipermudahkan segalanya dan semuanya selamat.

Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik perancang. Alhamdulillah, segala penantian telah berakhir. Rezeki YD dan suami untuk penutup tahun 2015. Syukur ke hadrat Allah swt, YD telah selamat melahirkan cahaya mata ketiga pada sebelah petang :-)

Tarikh: 7 Disember 2015
Masa: 2.20 pm
Baby: Boy
Berat: 3.12 kg
Kelahiran: Emergency czer


Muhammad Hafiy Ilman - Day 1
Pemakaian stokin sepanjang tempoh berpantang adalah wajib ;-)

Antara menu berpantang YD :- Nasi putih, tenggiri bakar,
kailan masak air, serunding bilis dan buah oren

Terima kasih kepada suami, keluarga, sahabat-handai dan kalian semua yang sentiasa memberi semangat dan doa untuk YD dan baby. Moga kalian semua sentiasa dirahmati Allah swt.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...