Sunday, January 31, 2016

Organiser Bag Sarang Craft By Abby

Teks: Yati Dbahri

#throwback

Ting tong ... loceng rumah berbunyi. YD intai di balik tirai ada abang posmen la.

Weee... giveaway dari Sarang Craft sudah sampai!

Organiser Bag, hadiah giveaway daripada Sarang Craft By Abby ;-)
Alhamdulillah, sampai juga giveaway ni ke tangan YD. Terima kasih Abby! Hilang rasa rindu nak menjahit bila pegang organiser bag ni. YD happy sangat ;-). Apa yang kita nampak dalam gambar, macam tu jugalah in reality, memang cantik dan indah kejadiannya. Jahitan yang sangat kemas dan teliti. Terus YD admire dengan hasil jahitan Sarang Craft (SC). 

Sebenarnya YD baru sahaja follow (ikuti) Sarang Craft di instagram. Bila berpantang menjahit, YD lepaskan gian menjahit tu dengan explore apa-apa yang berkaitan jahitan dan kraftangan dalam instagram, facebook dan pinterest. Kebetulan SC ada anjurkan giveaway, jadi YD terus sahaja sertai sebagai tanda sokongan. Dalam hati YD kata, alangkah bestnya kalau YD menang. Sebab YD sudah lama berangan hendak jahit sesuatu ala-ala organiser ni. Alhamdulillah, rezeki baby baru, YD bertuah kali ini. 

Alang-alang YD sudah tulis berkenaan entri ni, YD jemput semua yang meminati hasil jahitan handmade untuk follow Sarang Craft di instagram dan facebook. Tak rugi follow, sebab macam-macam ada di Sarang Craft ni. Selain organiser bag, SC juga menerima tempahan untuk tote bag, nursing pillow, baby pillow, bedak caddy, brooch keeper dan pelbagai lagi handmade item. Seperkara lagi, pemilik Sarang Craft iaitu Puan Abby juga ada menganjurkan kelas jahitan kraf. Untuk maklumat lanjut berkenaan kelas jahitan dan membuat tempahan, boleh terus hubungi Cikgu Abby ya:

Email: sarangcraftbyabby@gmail.com
sms/watsap: 016.7220412
Instagram: @sarangcraftbyabby
.
.
.
.
.

Agak-agak YD gunakan untuk apa organiser bag ni?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Tadaaa...

YD gunakan organiser bag ni untuk alatan jahitan  YD ;-)

Macam-macam YD boleh letak dalam organiser bag ni.
Dah macam poket doraemon plak ;-p

InsyaAllah, ada masa mengizinkan YD teringin juga nak join kelas anjuran Sarang Craft ni. Boleh la masukkan dalam list 2016 ;-)

2 comments:

  1. MashaAllah tabarakallah terima kaaih sgt atas entry ni. Terharu. Abby baru baca ni sbb sesaja google sarang craft. Terima kasih!!

    Xoxo,
    Abby

    ReplyDelete
  2. MashaAllah tabarakallah terima kaaih sgt atas entry ni. Terharu. Abby baru baca ni sbb sesaja google sarang craft. Terima kasih!!

    Xoxo,
    Abby

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...