Monday, January 25, 2016

Rezeki Hujung Tahun 2015

Teks: Yati Dbahri

Lama YD menyepi, alhamdulillah hari ini masuk hari yang ke 50. Sekejap je masa berlalu. Selesai sudah tempoh 44 hari berpantang. Rindu nak menulis, banyak sebenarnya YD nak share sepanjang tempoh rehat dan berpantang ni. Ini adalah entri pertama YD untuk tahun 2016. Masih belum terlambat untuk YD ucapkan Selamat Tahun Baru 2016. Moga tahun ini lebih bermakna dan lebih baik daripada tahun sebelumnya.

Ok, kita imbas kembali episod kelahiran cahaya mata ketiga YD, doktor jadualkan YD akan bersalin secara pembedahan pada 16 Disember 2015 yang lalu. Akan tetapi, pembedahan terpaksa dilakukan lebih awal kerana air ketuban sudah pun pecah (leaking) pada usia kandungan 37 minggu.

Cemas juga YD pada ketika itu. Suami berada di pejabat. Hanya YD dan Arissa sahaja berada di rumah. Mujur juga Harith kami hantar ke sekolah pada hari tersebut. Tidak mempunyai pengalaman pecah air ketuban sebelum kelahiran, terus sahaja YD hubungi kakak di talian bertanyakan pendapatnya. 

Selepas itu, YD terus hubungi suami pula untuk memberitahunya segera balik ke rumah. Sementara itu YD terus bersiap untuk ke hospital. Jam di dinding pada ketika itu lebih kurang jam 10.30 pagi.

Sampai di hospital terus ke dewan bersalin (kecemasan) dan membuat pendaftaran seperti biasa. Pada masa ini YD masih lagi tenang dan sekejap-sekejap mengalami sakit kontraksi yang kerap. Selepas daftar, prosedur biasa doktor akan membuat pemeriksaan selanjutnya. Menurut doktor yang bertugas, air ketuban yang keluar semakin banyak dan YD perlu dibedah dengan segera. Ya Allah, tuhan sahaja yang tahu perasaan YD pada ketika itu. Risau dan berdebar jugalah. Terus teringat masa kelahiran Arissa dan Harith dahulu. Emergency c-zer juga! YD redha, dan harapan pada ketika itu YD hanya berserah kepada tuhan moga dipermudahkan segalanya dan semuanya selamat.

Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik perancang. Alhamdulillah, segala penantian telah berakhir. Rezeki YD dan suami untuk penutup tahun 2015. Syukur ke hadrat Allah swt, YD telah selamat melahirkan cahaya mata ketiga pada sebelah petang :-)

Tarikh: 7 Disember 2015
Masa: 2.20 pm
Baby: Boy
Berat: 3.12 kg
Kelahiran: Emergency czer


Muhammad Hafiy Ilman - Day 1
Pemakaian stokin sepanjang tempoh berpantang adalah wajib ;-)

Antara menu berpantang YD :- Nasi putih, tenggiri bakar,
kailan masak air, serunding bilis dan buah oren

Terima kasih kepada suami, keluarga, sahabat-handai dan kalian semua yang sentiasa memberi semangat dan doa untuk YD dan baby. Moga kalian semua sentiasa dirahmati Allah swt.






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...