Friday, October 30, 2015

Pengalaman Rawatan Gigi Untuk Kanak-Kanak

Teks: Yati Dbahri

Salam jumaat :-)

Alhamdulillah, seawal jam 7.30 pagi kami sudah sampai di kaunter pendaftaran Hospital Serdang. Kalau ikutkan jadual temujanji Harith, minggu hadapan 2 November, Harith akan menjalani pembedahan untuk rawatan giginya yang rosak. Sudah banyak kali kena tunda tarikh sejak bulan Jun yang lalu kerana kesihatan Harith yang tidak mengizinkan untuk pembedahan diteruskan.

Jadi pagi ini adalah temujanji bersama doktor pakar gigi kanak-kanak. Doktor akan review dahulu samada Harith bole teruskan pembedahan pada minggu hadapan ataupun tidak.

Mood Harith nampak baik, ummi dan abah banyak kali pesan yang doktor akan tengok gigi Harith pagi ni. Tiba giliran Harith dia nampaknya teruja hendak berjumpa doktor. Kami berpesan juga pada Harith supaya jangan nangis dan doktor akan bagi hadiah kalau Harith tidak menangis.

Bagi YD bukan mudah sebenarnya hendak mengawal emosi anak-anak kecil untuk mendapatkan rawatan gigi. Alhamdulillah, hari ini semuanya berjalan lancar. Oleh kerana Harith demam pada minggu lepas, jadi keputusan doktor terpaksa kami akur. Pembedahan gigi Harith ditunda lagi. Nampaknya lama lagilah pembedahan tu nanti. Sebelum ni pun sudah 2 kali pembedahan ditunda. Kali ni kena tunggu ummi habis pantang pada tahun hadapan.

Tapi tidak mengapa. Doktor kata tidak perlu risau kerana ada perkembangan baik dari segi penjagaan gigi Harith di rumah. Doktor kata karies gigi Harith nampak tidak aktif, hanya gigi yang berlubang besar sahaja perlu diberi perhatian lebih kerana gigi tersebut berpotensi memberi infeksi yang teruk sekiranya tidak dijaga sementara menunggu masa untuk dibedah nanti.

Justeru rawatan hari ini doktor telah memasang 'dressing' atau tampalan sementara untuk 3 batang gigi Harith yang lubangnya tidak terlalu besar. Mencabar juga walaupun hanya nak pasang dressing.
Alhamdulillah, proses pasang dressing pada kali ini amat berjaya sekali. Harith tak menangis langsung malah memberikan 100% kerjasama kepada doktor yang bertugas.

Ummi dan abah sangat kagum dengan keberanian Harith pada kali ini. Begitu juga doktor yang bertugas. Sekalung tahniah kerana berjaya pujuk Harith dengan begitu baik sekali. Atas kerjasama Harith yang sangat baik hari ni, doktor bagi 'reward' untuk Harith. Doktor beri 3 hadiah iaitu berus gigi Spiderman dan 2 cop kartun di tangan kiri dan kanan Harith. Apalagi gembira sangat Harith ni tak habis-habis bercerita yang dia tak menangis dan dapat hadiah banyak daripada doktor. 

Alhamdulillah..

Kesimpulan daripada cerita YD, softskill seorang doktor amat penting dalam perkhidmatan yang diberikan. Itulah yang membezakan antara mereka. So far, sudah 3 orang doktor berlainan yang cuba pasangkan dressing pada gigi Harith. Alhamdulilah, kali ni berjaya :)

Begitu juga dalam bidang yang lain, bagi YD softskill ni kita bina daripada pengalaman kita dalam sesuatu bidang tersebut. Ianya bukan sesuatu yang mudah untuk dimiliki, kita perlu yakin, minat dan sentiasa positif untuk melaksanakannya. YD cuba applykan pula dalam bidang jahitan. Sama jugalah, softskill ini bagi YD adalah satu bonus untuk seseorang itu. Ianya hanya boleh dinilai hasil daripada perkhidmatan kita yang baik dan semestinya diyakini. Kalau dalam jahitan kita boleh tengok hasil jahitan kita macamana. Kemudian lihat pula maklumbalas pelanggan kita tentang hasil kerja kita.
Jadi tips mudah daripada YD, nak dapatkan hasil jahitan yang cantik dan kemas, jahitlah dengan penuh kasih sayang dan minat. Jangan stress bila menjahit ni. Anggapnya ianya satu terapi untuk kita :-)

Berus gigi spiderman hadiah daripada doktor gigi Harith.
Walaupun hanya berus gigi, ianya amat bermakna untuk si kecil Harith :-)

Thursday, October 29, 2015

Tempahan Tote Bag

Teks: Yati Dbahri

Kalau dahulu sebelum jam 8.30 pagi YD sudah kena punch card di pejabat. Biasanya sebelum jam 8 sudah terpacak di depan mesin punch card tu. Berbeza dengan sekarang, walaupun tidak perlu punch card, tapi seawal jam 8 pagi usai solat sunat Dhuha, YD sudah berada dalam Yat Studio untuk mulakan tugas jahitan. Tapi kalau YD yang hantar Harith ke sekolah, tugasan YD akan bermula jam 9 pagi.

Alhamdulillah hasil rempitan YD hari ini, siap juga sebuah tote bag yang ditempah oleh kakak YD sendiri. Katanya bag ni nak pakai masa waktu lunch. Saiznya sangat sesuai untuk dimasukkan purse dan handphone. Jadi tidak perlu bawa handbag untuk keluar lunch nanti.

Kalau tengok gambar, ini juga adalah reversible atau 2 in 1 tote bag yang YD jahit untuk mak pada minggu yang lepas. Cuma beza pada corak dan saiz. Material sama. Masih menggunakan kain cotton dan ada batting di antara dua corak tersebut. Kali ni YD ada tambah sedikit jahitan quilt yang simple pada corak chevron supaya jahitan batting lebih kukuh pada fabrik.

Macamana YD belajar jahit tote bag ni? Mudah sahaja, YD banyak rujuk tutorial di internet dan video tutorial di youtube. YD tidak belajar buat tote bag ni secara formal. Bagi newbie dalam jahitan, tote bag ini amat mudah sekali untuk dicuba.

Ok, nanti YD update link tutorialnya sebagai rujukan ya.

Apa yang penting, kita mesti cuba jahit, barulah ada kemahiran di situ :-)

Material: English Cotton (corak rose dan small chevron)
Saiz: 10' x 11"
Ciri-ciri:
- 2 in 1 bag (reversible tote bag)
- ada 2 pilihan corak
- menggunakan batting
 - menggunakan snap button
- tali menggunakan cotton webbing

Tuesday, October 27, 2015

Set Cadar Baby

Teks: Yati Dbahri

Alhamdulillah...Salam pagi :-)

Lagi sentuhan YD...hasil semalam merempit✂..Bedding set untuk baby yang bakal lahir December nanti.

Memang jimat dan sangat berbaloi. Kalau nak tahu, YD hanya jahitkan cadar dan sarung bantal yang baru sahaja. Tilam dan bantal latex ni adalah kepunyaan kakak Arissa, anak sulung YD. Kiranya da masuk 7 tahun usia tilam dan bantal latex ni.

Alhamdulillah, untuk kali ini YD berkesempatan untuk jahit sendiri..Happy sangat bila tengok da siap dan rasa tak sabar pula tengok baby kat atas tilam tu ;-)

Bagi newbie yang nak belajat jahit, boleh mula dengan projek yang mudah seperti cadar dan sarung bantal ni. Nanti ada masa YD kongsikan tutorial jahit sarung bantal dan cadar baby ya.

Sedikit tips mudah belajar jahit daripada YD:
1) Mula dengan projek jahitan yg mudah spt sarung bantal, cadar baby, barut baby, simple tote bag dan apa-apa sahaja jahitan yang menggunakan jahitan lurus;
2) Gunakan material kain yang senang untuk dijahit seperti cotton. Boleh guna kain yang murah sahaja.
3) 'Practice makes perfect!'...teori sahaja tidak cukup. Kita kena praktikkan. Teruskan menjahit untuk mahir dalam jahitan.
4) Jangan mudah berputus asa. Semangat dan terus bersemangat untuk memahirkan diri.. Jahit dengan penuh kasih sayang, sabar & passion (minat).
5) Cari ilmu dan mentor dalam jahitan.

Material: English Cotton (Baby Dino dan small chevron)
Set Cadar mengandungi:
- sarung cadar
- 1 sarung bantal latex baby
- 1 sarung bantal fiber baby (ada batting)
- 2 sarung bantal bolster

Sunday, October 18, 2015

Reversible Tote Bag

Teks: Yati Dbahri

Kami berkongsi bulan lahir yang sama, alhamdulillah..hari ni 18 Oct 2015 adalah Hari Lahir mak yang ke 65.

Selamat Hari Lahir Mak!! Semoga terus diberi kesihatan yang baik dan sentiasa dalam limpahan rahmat dan lindungan Allah swt. Amin..

Sempena hari lahir mak kali ni, YD sempat juga jahitkan sesuatu untuk mak. Alhamdulillah, malam tadi selesai jahit apron tempahan customer, YD terus rempit jahit 2 in1 Tote Bag ni. Atau nama lain bole juga kita panggil Reversible Tote Bag. Ada 2 pilihan corak dalam 1. Kita bole pilih samada nak pakai corak yang mana. Nampak simple dan memang jimat.

YD jahitkan bag ni untuk mak, sesuai nanti mak bawa ke masjid sebagai bag telekung dan sebagainya.

Material: English Cotton (ada 2 corak, chevron dan stripes)
Size: 13" x 14"
Ciri-ciri:
- 2 in 1 (Reversible Tote Bag),
- ada 2 pilihan corak,
- menggunakan batting
- menggunakan snap button
- tali menggunakn cotton webbing

Mak tersayang di usia 65 tahun.
Semoga mak terus diberi kesihatan yang baik dan sentiasa dilimpahi Rahmat
dan berada di bawah lindungan Allah swt.
Hadiah sejambak bunga ros dalam pot hasil sentuhan adik lelaki YD, Aidil Dbahri.
Ada yang berminat nak buat tempahan, boleh terus ke IG Arttouchbyaidildbahri ya!


Pulut kuning berhias untuk sambutan ulangtahun mak pada kali ini.
Hasil sentuhan ibu saudara YD, Puan Jamilah Abdul Kadir.
Berminat nak tempah, bole hubungi terus no ni: 019.6948794

Saturday, October 17, 2015

Apron Lagi

Teks: Yati Dbahri

Alhamdulillah, YD terima lagi permintaan untuk jahitan apron. Lepas YD share gambar hasil jahitan apron di FB, ada lagi seorang Homebaker yang berminat untuk membuat tempahan. 

Beza tempahan kali ini, customer YD ada spesifikkan hendak apron yang macamana. Tapi masih lagi 2 in 1 apron, cuma ada tambahan renda di bahagian bawah apron. Lagi sekali YD sahut cabaran. Bagi YD inilah masanya untuk menambah kemahiran jahitan dan mencuba teknik-teknik jahitan yang baru.

Bagi YD ini pertama kali juga YD jahit renda teknik 'flounce'. Kalau tengok renda ni dia ala-ala skirt peplum. Lebih kurang sama cuma yang ni adalah flounce di apron. Boleh juga guna renda teknik 'pleat', kita lipat-lipat sedikit menjadi renda atau tarik benang untuk dijadikan renda. Tapi YD lebih suka teknik flounce kerana nampak lebih kemas dan simple.

Untuk apron kali ini, YD ada juga menambah applique. Kalau yang sebelum ni YD guna fabrik applique, tapi kali ni YD guna felt applique pula.

Alhamdulillah, inilah hasilnya. Bila kita buat sesuatu dengan penuh minat, InsyaAllah hasilnya pun cantik dan kemas. Jom kita tengok hasilnya.

Pattern: 2 in 1 Apron (Reversible with vintage style apron)
Material: English Cotton (polkadot, paris and macaron)
Tambahan: 2 poket di tengah, felt applique,
tali di bahu yang boleh diubah menggunakan snap button

Tambahan renda di bawah menggunakan teknik 'flounce' dan
felt applique sebagai tulisan dan bentuk cupcake.

Tambahan 2 poket (kiri dan kanan) di bahagian tengah apron

Sweet Cupcake felt applique sebagai hiasan di tengah apron.
Terima kasih Puan Erni Rohid daripada D'RAS Homemade Enterprise atas sokongan dan kepercayaan untuk menempah apron dengan YD.  

Saturday, October 10, 2015

Cabaran Jahit Apron

Teks: Yati Dbahri

Selepas YD share gambar hasil jahitan Face Mask di FB, YD terima pula permintaan untuk jahit apron. Apron? Hmm....dalam hati YD kata "tak pernah lagi jahit apron ni, apa kata YD cuba!"

Jadi, jawapan yang YD berikan mudah sahaja.. "Ok, boleh.".

Bermulalah fasa YD mengekspresikan apa yang ada dalam fikiran YD untuk jahit apron ni. Padahal tak pernah jahit pun apron ni dan customer pun tidak ada spesifikkan hendak apron yang macamana. Cuma YD minta izin untuk masa yang fleksibel untuk siapkan tempahan ni. Maklumlah YD tengah sarat sekarang ni. Tapi disebabkan hendak cuba dan gian nak menjahit maka YD teruskan juga menjahit.

Perlahan-lahan YD jahit apron ini bermula dengan menderaf design dan pola apron. YD banyak juga rujuk tutorial-tutorial di internet sebagai panduan. Alhamdulillah, hasil kreatif daripada YD menjadi kali ini. Cuma dari segi ukuran YD buat mengikut ukuran standard apron.

Ok, meh kita cuci mata tengok hasil apron yang YD jahit. YD namakan apron ni 2 in 1 Apron atau lebih dikenali dengan Reversible Apron. Amat berbaloi sekali kerana kita ada dua pilihan apron dalam 1. Hanya pilih hendak pakai corak yang mana ;-). Jimat pun ya!

"Simple and sweet!"
Pattern: 2 in 1 Apron (Reversible Apron)
Material: English Cotton (donut and polkadot)
Tambahan: 1 poket besar di depan, simple fabric applique,
tali bahu yang boleh diubah menggunakan snap button
Terima kasih kepada Puan Azian daripada MYManis Homemade2u kerana sudi menempah dan beri sokongan dan kepercayaan kepada YD untuk jahit. Moga berpuas hati dengan hasil jahitan YD ni.

Friday, October 09, 2015

Tutorial Face Mask @ Topeng Muka

Teks: Yati Dbahri

Ada yang berminat nak DIY Face Mask sendiri? 

Ok, ni YD sharekan link tutorialnya ya. Sangat mudah dan senang difahami. YD pun ikut langkah demi langkah dalam tutorial ni. Cuma YD jahit dua jenis tali iaitu tali di tepi dan tali di belakang.


Dari segi materialnya pula, YD guna apa yang ada. Fabrik depan YD menggunakan English/Japanese Cotton dan fabrik dalam pun YD gunakan cotton. Cuma cotton ni berbeza sedikit. Lebih nipis seperti cotton untuk buat lining. Jadi kita tidak rasa panas sangat bila pakai mask ni ;-)

Sekiranya ada kain flannel untuk buat barut baby, boleh juga digunakan untuk fabrik luar mask ini. 

Untuk talinya pula, YD gunakan getah elastik untuk tali tepi dan tali barut baby untuk pilihan tali di belakang.

Selamat mencuba ya!

** Credit and many thanx to the blogger of Craft Passion for this amazing tutorial of sewing face mask! I managed to sew it ;-)

Thursday, October 08, 2015

Tempahan Face Mask @ Topeng Muka

Teks: Yati Dbahri

Alhamdulillah.. niat mula-mula post di FB hanya untuk share hasil jahitan Face Mask ni. Tapi ada juga yang berminat untuk tempah dan jadikan koleksi dalam musim jerebu ni.

Terima kasih Cikgu Nurul..nun jauh di Terengganu. Kami dulu classmate masa di sekolah menengah..Ya Allah..teringat plak zaman sekolah-sekolah dulu :-)

Juga anak-anak buah dan kazen YD yang berminat nak face mask ni.

Yang paling best, kawan-kawan Arissa di sekolah pun berminat. Mungkin sebab corak mask ni comel-comel, jadi ramai yang suka nak pakai ;-)

Ok, macam biasa..meh kita cuci mata tengok hasil tempaha  face mask ni.

Sampel Kids Face Mask yang bertali belakang

Sampel Kids Face Mask yang bertali tepi


Tempahan Face Mask daripada Cikgu Nurul

Tempahan Face Mask yang sudah siap untuk dipos

Monday, October 05, 2015

DIY Topeng Muka

Teks: Yati Dbahri

Hari ini dan esok sekolah ditutup lagi kerana masalah jerebu yang semakin teruk. Dalam keadaan jerebu ni, golongan kanak-kanak yang paling senang dijangkiti masalah kesihatan seperti batuk, selesema dan demam. Sebagai langkah berjaga-jaga, YD sediakan juga topeng muka untuk anak-anak YD.

Oleh kerana topeng muka yang sedia ada di pasaran adalah standard untuk saiz dewasa, jadi YD DIY sendiri topeng muka khusus untuk saiz kanak-kanak. YD ada google beberapa tutorial untuk membuat topeng muka sendiri. Alhamdulillah, YD jumpa tutorial dan free pattern sekali untuk kita DIY sendiri.

Lama rasanya tak pegang 'baby NV980' sejak jadi makbuyong ni. Alhamdulillah, hari ini hasil jahitan mudah daripada YD untuk anak-anak pakai ke sekolah dan apabila berada di luar kawasan rumah. 'Face Mask' atau topeng muka khas untuk kanak-kanak.

YD guna apa yang ada dalam YD Studio. Hanya guna perca kain cotton dan getah elastik/ tali untuk barut sebagai tali topeng tersebut.

Ok, jom kita tengok hasilnya. Comel sangat apabila dipakai oleh anak-anak :-)


Friday, October 02, 2015

Alhamdulillah

Teks: Yati Dbahri

Salam Jumaat :-)

Selamat datang Oktober 2015! Alhamdulillah.. sudah kembali sihat dan bermulalah fasa trimester ketiga untuk YD dan baby yang bakal lahir Disember nanti. Moga dipermudahkan segalanya.InsyaAllah.

Bila sudah jadi mak buyong ni, orang kata tak boleh menjahit sangat. Betul ke? 
Bagi diri YD sendiri, YD akui banyak projek jahit YD tergendala seketika. YD beri ruang pada diri sendiri untuk rehat sepenuhnya sehingga betul-betul bersedia. Kalau ikutkan hati hendak sahaja gerakkan kaki ni untuk aktif menjahit. Mungkin terhad kepada jahitan yang simple dan mudah sahaja.

Walaupun begitu, hati berkobar-kobar untuk usahakan juga menjahit beberapa persiapan untuk baby yang bakal lahir nanti. InsyaAllah apa yang termampu YD akan cuba.

Item dalam senarai projek jahit YD dalam masa terdekat ni:

1. Set cadar baby (sarung tilam, sarung bantal/bolster)
2. barut baby
3. Receiving blanket
4. Sepasang baju baby
5. Kasut baby

*Tiba-tiba terfikir untuk menjahit menggunakan function "button" sahaja..maksudnya jahit tanpa menggunakan pedal kaki. Huhu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...