Friday, October 30, 2015

Pengalaman Rawatan Gigi Untuk Kanak-Kanak

Teks: Yati Dbahri

Salam jumaat :-)

Alhamdulillah, seawal jam 7.30 pagi kami sudah sampai di kaunter pendaftaran Hospital Serdang. Kalau ikutkan jadual temujanji Harith, minggu hadapan 2 November, Harith akan menjalani pembedahan untuk rawatan giginya yang rosak. Sudah banyak kali kena tunda tarikh sejak bulan Jun yang lalu kerana kesihatan Harith yang tidak mengizinkan untuk pembedahan diteruskan.

Jadi pagi ini adalah temujanji bersama doktor pakar gigi kanak-kanak. Doktor akan review dahulu samada Harith bole teruskan pembedahan pada minggu hadapan ataupun tidak.

Mood Harith nampak baik, ummi dan abah banyak kali pesan yang doktor akan tengok gigi Harith pagi ni. Tiba giliran Harith dia nampaknya teruja hendak berjumpa doktor. Kami berpesan juga pada Harith supaya jangan nangis dan doktor akan bagi hadiah kalau Harith tidak menangis.

Bagi YD bukan mudah sebenarnya hendak mengawal emosi anak-anak kecil untuk mendapatkan rawatan gigi. Alhamdulillah, hari ini semuanya berjalan lancar. Oleh kerana Harith demam pada minggu lepas, jadi keputusan doktor terpaksa kami akur. Pembedahan gigi Harith ditunda lagi. Nampaknya lama lagilah pembedahan tu nanti. Sebelum ni pun sudah 2 kali pembedahan ditunda. Kali ni kena tunggu ummi habis pantang pada tahun hadapan.

Tapi tidak mengapa. Doktor kata tidak perlu risau kerana ada perkembangan baik dari segi penjagaan gigi Harith di rumah. Doktor kata karies gigi Harith nampak tidak aktif, hanya gigi yang berlubang besar sahaja perlu diberi perhatian lebih kerana gigi tersebut berpotensi memberi infeksi yang teruk sekiranya tidak dijaga sementara menunggu masa untuk dibedah nanti.

Justeru rawatan hari ini doktor telah memasang 'dressing' atau tampalan sementara untuk 3 batang gigi Harith yang lubangnya tidak terlalu besar. Mencabar juga walaupun hanya nak pasang dressing.
Alhamdulillah, proses pasang dressing pada kali ini amat berjaya sekali. Harith tak menangis langsung malah memberikan 100% kerjasama kepada doktor yang bertugas.

Ummi dan abah sangat kagum dengan keberanian Harith pada kali ini. Begitu juga doktor yang bertugas. Sekalung tahniah kerana berjaya pujuk Harith dengan begitu baik sekali. Atas kerjasama Harith yang sangat baik hari ni, doktor bagi 'reward' untuk Harith. Doktor beri 3 hadiah iaitu berus gigi Spiderman dan 2 cop kartun di tangan kiri dan kanan Harith. Apalagi gembira sangat Harith ni tak habis-habis bercerita yang dia tak menangis dan dapat hadiah banyak daripada doktor. 

Alhamdulillah..

Kesimpulan daripada cerita YD, softskill seorang doktor amat penting dalam perkhidmatan yang diberikan. Itulah yang membezakan antara mereka. So far, sudah 3 orang doktor berlainan yang cuba pasangkan dressing pada gigi Harith. Alhamdulilah, kali ni berjaya :)

Begitu juga dalam bidang yang lain, bagi YD softskill ni kita bina daripada pengalaman kita dalam sesuatu bidang tersebut. Ianya bukan sesuatu yang mudah untuk dimiliki, kita perlu yakin, minat dan sentiasa positif untuk melaksanakannya. YD cuba applykan pula dalam bidang jahitan. Sama jugalah, softskill ini bagi YD adalah satu bonus untuk seseorang itu. Ianya hanya boleh dinilai hasil daripada perkhidmatan kita yang baik dan semestinya diyakini. Kalau dalam jahitan kita boleh tengok hasil jahitan kita macamana. Kemudian lihat pula maklumbalas pelanggan kita tentang hasil kerja kita.
Jadi tips mudah daripada YD, nak dapatkan hasil jahitan yang cantik dan kemas, jahitlah dengan penuh kasih sayang dan minat. Jangan stress bila menjahit ni. Anggapnya ianya satu terapi untuk kita :-)

Berus gigi spiderman hadiah daripada doktor gigi Harith.
Walaupun hanya berus gigi, ianya amat bermakna untuk si kecil Harith :-)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...