Thursday, April 30, 2015

Reversible A Line Dress

Teks: Yati Dbahri

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Alhamdulillah, baru hari ini YD sempat upload hasil jahitan dress kedua yang YD jahit sebagai pemberian hadiah ulangtahun pertama adik Qaisara pada Sabtu yang lalu. Sebenarnya, YD suka mencuba jahit pattern dress kanak-kanak. Kali ini YD rujuk tutorial di internet juga. Kalau nak tahu, ini adalah pertama kali YD jahit dress ni. Nama dress ini adalah Reversible A Line Dress. Atau nama lainnya Reversible Zen Dress. Hendak mudah ingat YD namakan dress ni 2 in 1 Dress.

Kenapa YD kata 2 in 1 Dress? Kelebihan yang ada pada 2 in 1 dress, kita ada dua corak yang berbeza dalam satu dress. Contohnya kalau tengok dress yang YD jahit ni, ada dua corak iaitu small polkadot dan corak insect (serangga). Jadi, kita boleh pilih hari ini pakai small polkadots dan esok pakai corak insect pula. Berbaloi kan? Jimat dan praktikal untuk dipakai pada kedua-dua corak yang ada. 

Dari segi nak jahit pula, bila tengok dress ni nampak macam susah. Akan tetapi bila YD dah cuba, mudah sahaja caranya. Untuk jahit dress ini, kita tidak perlu untuk jahitan tepi. Terus jahit kiri kanan dan kolar baju kemudian diterbalikkan untuk mendapatkan kedua-dua belah corak kelihatan di luar dress.

Friday, April 24, 2015

10 Tips Jahit Untuk Pemula

Teks: Yati Dbahri

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.


Salam Jumaat semua. Hari ini YD nak kongsikan beberapa tips untuk pemula dalam menjahit. Tips ini adalah berdasarkan pengalaman YD sendiri.

1. Sebagai pemula, kita boleh mula menjahit apa-apa sahaja projek jahitan yang mudah dan senang dibuat. Sebagai contoh, boleh mula dengan projek jahitan kecil yang hanya menggunakan jahitan lurus seperti sarung bantal dan tilam, selimut bayi, barut bayi, alas meja, tote bag simple dan sebagainya.

2. Tidak semestinya ada mesin jahit baru kita hendak mula menjahit. Kita boleh mula menjahit dengan memilih projek jahitan yang menggunakan tangan seperti jahitan manik dan lace, kraftangan felt, jahitan kraf yang mengggunakan tangan dan sebagainya. 

3. Pilihlah material kain yang mudah dijahit seperti kain cotton dan linen. Kain-kain ini sudah tentu tidak licin dan sangat mudah dikendalikan.

4. Apabila menjahit buatlah dengan penuh kasih sayang dan kesabaran. Bagi YD, jangan rasa stress bila menjahit akan tetapi anggaplah ia satu terapi untuk diri kita.

Thursday, April 23, 2015

Peasant Dress Lagi

Teks: Yati Dbahri

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Hujung minggu ini, YD dan keluarga ada jemputan Majlis Ulangtahun Pertama adik Qaisara. Qaisara adalah anak kepada jiran kami. InsyaAllah, kami akan pergi ke sana nanti. Jadi, YD ambil kesempatan ini untuk menjahit sendiri dress untuk Qaisara sebagai hadiah pemberian daripada YD dan suami.

Alhamdulillah, seharian semalam YD menjahit Peasant Dress untuk Qaisara. Ok, jom kita cuci mata sekejap tengok hasilnya.. ;-)


Dress: Peasant Dress
Material: English Cotton (corak Leopard)
Saiz: 18 bulan

YD jahit peasant dress ikut tutorial yang pernah YD kongsikan pada entri yang lalu. Alhamdulillah, kalau yang lepas ambil masa 2 hari juga YD nak siapkan. Tapi kali ini ambil masa sehari sahaja boleh siap. YD harap Peasant Dress ni muat di badan pemiliknya, iaitu adik Qaisara ;-)

Saturday, April 18, 2015

A Cut Dress By Yati Dbahri

Teks: Yati Dbahri

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Teknik yang sangat mudah difahami dan praktikal untuk amatur seperti YD. Ya, minggu yang lalu YD belajar menjahit A Cut Dress ini dengan hanya menggunakan saiz dolly. Alhamdulillah, di rumah YD telah berjaya membuat dan menjahit dress ini mengikut ukuran sebenar YD.

Rasa macam tak percaya sahaja. YD dapat menyiapkan dress ini sendiri di rumah. Hanya berbekalkan teknik yang dipelajari dalam kelas dan ebook sebagai rujukan di rumah. YD mula pada pukul 4 petang hingga 6 petang untuk mengukur dan memotong kain. Pada sebelah malam pula YD mula menjahit bermula selepas isyak sehingga siap pada jam lebih kurang 1.30 pagi. Tidur lewat tau YD malam tadi, bersemangat sungguh YD nak siapkan dress ni dan pakai di badan sendiri.

Untuk dress ni, YD menggunakan material cotton. Kain ni sebenarnya pemberian adik ipar YD pada tahun lepas. Kain ni ada 4 meter bidang 60. YD hanya gunakan 3 meter untuk menghasilkan A Cut Dress ini.

Wednesday, April 15, 2015

Label BYD

Teks: Yati Dbahri
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Hari ini YD dapat sesuatu daripada En. Posmen. Alhamdulillah, label baju yang YD tempah sudah siap dan selamat sampai ke tangan YD.

Setakat ini YD akan gunakan label baju ini untuk projek jahit YD yang akan datang ini. YD buat label ini sebagai salah satu langkah penjenamaan hasil jahitan YD kelak. InsyaAllah.

Kalau tengok label YD ini, perkataan "byd" adalah singkatan kepada "by Yati Dbahri". Jadi hanya menggunakan "byd" supaya senang nak sebut dan ingat label YD. Yati Dbahri pula adalah singkatan gabungan nama YD dan abah YD. 

Ok, jom tengok hasilnya ya! 

Sampel no.1 menjadi pilihan YD.
Gabungan warna hitam dan putih sahaja.

Sunday, April 12, 2015

Kelas Menjahit A Cut Dress (Dolly Modul) Anjuran Yasalma Sewing School (YSS)

Teks: Yati Dbahri

Assalamualaikum wbt & salam sejahtera.

Alhamdulillah, semalam 11 April 2015 (Sabtu) YD berkesempatan mengikuti Kelas Menjahit A Cut Dress (Dolly Module) di LSN Cheras, Selangor. Kelas jahitan ini dianjurkan oleh Yasalma Sewing School (YSS). Kalau nak tahu, YSS ini adalah Sekolah Menjahit #1 di Malaysia. Pengasasnya adalah Puan Yasalma, seorang pereka fesyen muslimah yang terkenal di Malaysia. Apa yang lebih menarik perhatian YD, YSS ini adalah satu-satunya sekolah menjahit yang mengajar cara menjahit paling mudah dan paling short-cut. Dengan erti kata lain, kita akan diajar membuat pakaian jauh lebih mudah dan pantas menggunakan teknik alternatif bersama Yasalma.

Asalnya YD mendaftar kelas di Putrajaya, tetapi pada saat akhir kami bergabung dengan peserta yang mendaftar di LSN. YD hampir-hampir tarik diri sebenarnya kerana bertukar lokasi kelas yang agak jauh. Setelah berbincang dengan cikgu, YD bersama beberapa rakan peserta yang lain, kami bersama juga akhirnya untuk menyertai kelas ini. Alhamdulillah, masalah jauh bukan alasan, terima kasih Cikgu Junne daripada YSS sendiri kerana bersusah-payah membawa kami ke LSN. 

Kelas bermula pada jam 11 pagi di bawah kelolaan Cikgu Nisa daripada YSS juga. Walaupun Cikgu Yasalma tidak dapat bersama kami pada kelas kali ini, matlamat belajar menjahit A Cut Dress (Dolly Module) tetap berjalan lancar dan selesai dengan jayanya. Setiap peserta diberikan Kit Jahitan dan kelas bermula dengan diajar cara membuat dress (dolly dress) menggunakan teori Yasalma yang sangat mudah dan sangat praktikal. Kami diajar menjahit dress dolly ini mengunakan tangan. Ya, konsepnya di sini, tidak semestinya ada mesin jahit baru boleh menjahit. Tanpa mesin jahit juga kita boleh menjahit menggunakan tangan. Dan yang paling menarik perhatian sekali, teknik Yasalma ini adalah teknik menjahit pakaian tanpa menggunakan pola kertas dan kelas ini sangat sesuai untuk mereka yang langsung tidak mempunyai asas jahitan.

Kit jahitan yang mengandungi kain untuk membuat Dress Dolly,
gunting, pita pengukur, jarum jahit, benang, kapur penanda dan jarum peniti.

Monday, April 06, 2015

Desain Sendiri Label Baju

Teks: Yati Dbahri

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Hari ni seharian YD menghadap laptop mencari idea dan mula mendesain. Memang dalam perancangan tahun 2015 untuk YD ada label jenama sendiri. InsyaAllah. 

YD mula mencari beberapa quoatation dan individu yang menawarkan perkhidmatan membuat cloth label. Selain itu, YD ada juga google di internet untuk buat sendiri label baju ni. Tapi YD lebih yakin untuk menempah sahaja.

Bila dah jumpa quotation yang bersesuaian, YD mula mendesain label baju tersebut. Sebenarnya boleh sahaja upah desain, tapi nak jimat jadi YD desain sendiri sahaja.

Ok. untuk entri kali ini YD nak kongsi bagaimana mendesain sendiri label baju. YD mula mendesain dengan hanya menggunakan applikasi software yang ada dalam laptop ni. YD hanya menggunakan MS Word. Mudah sahaja. Jom ikuti langkah demi langkah ya!

1. Buka aplikasi MS Word dan klik Open - New Document

2. Mula taip text yang dikendaki menggunakan tool 'text box'

3. Ubah jenis font, saiz font, warna dan alignment yang dikehendaki. Boleh juga masukkan bentuk menggunakan tool 'shapes'. Hanya klik insert dan pilih mana-mana shapes  yang dikehendaki. Kalau nak masukkan simbol atau gambar pun boleh. Seperti YD, YD suka desain yang simple tetapi nampak kreatif dan elegant sahaja. Jadi, YD hanya menggunakan font dan warna sahaja dalam desain label YD ini. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...