Thursday, April 30, 2015

Reversible A Line Dress

Teks: Yati Dbahri

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Alhamdulillah, baru hari ini YD sempat upload hasil jahitan dress kedua yang YD jahit sebagai pemberian hadiah ulangtahun pertama adik Qaisara pada Sabtu yang lalu. Sebenarnya, YD suka mencuba jahit pattern dress kanak-kanak. Kali ini YD rujuk tutorial di internet juga. Kalau nak tahu, ini adalah pertama kali YD jahit dress ni. Nama dress ini adalah Reversible A Line Dress. Atau nama lainnya Reversible Zen Dress. Hendak mudah ingat YD namakan dress ni 2 in 1 Dress.

Kenapa YD kata 2 in 1 Dress? Kelebihan yang ada pada 2 in 1 dress, kita ada dua corak yang berbeza dalam satu dress. Contohnya kalau tengok dress yang YD jahit ni, ada dua corak iaitu small polkadot dan corak insect (serangga). Jadi, kita boleh pilih hari ini pakai small polkadots dan esok pakai corak insect pula. Berbaloi kan? Jimat dan praktikal untuk dipakai pada kedua-dua corak yang ada. 

Dari segi nak jahit pula, bila tengok dress ni nampak macam susah. Akan tetapi bila YD dah cuba, mudah sahaja caranya. Untuk jahit dress ini, kita tidak perlu untuk jahitan tepi. Terus jahit kiri kanan dan kolar baju kemudian diterbalikkan untuk mendapatkan kedua-dua belah corak kelihatan di luar dress.


YD mula dengan melukis pola sendiri dan seterusnya memotong kain dan jahit sehingga selesai. Tutorial lengkap daripada melukis pola sehingga mencantum YD rujuk di link ini:-


Kalau rujuk dalam link ini, Ms Anshu (penulis blog di atas) menggunakan plastic snap button, tapi YD gunakan prong snap button untuk dress yang YD jahit ni.

Ok, jom kita tengok hasilnya.

2 in 1 Dress (Reversible A Line Dress @ Reversible Zen Dress)
Size: 18 months
Material: English Cotton (small polkadots & insect)

Dress 1 - Corak Small Polkadots (baby blue)

Close up... YD guna prong snap button dan jahit tindih di bahagian kolar dan lengan/ketiak

Dress 2 - Corak Insect (blue black) 

Close up...YD menggunakan sepasang prong snap button di bahu

Tidak ketinggalan... label byd by Yati Dbahri ;-)


Tadaa.... bila YD dan wrap kedua-dua dress yang YD jahit ;-)...
Peasant Dress & Resversible A Line Dress untuk adik Qaisara.
P/s: Many thanks and credit to Ms Anshu for such a great tutorial on making the Reversible A Line Dress/ Reversible Zen Dress. I've made it one for little sweetie Qaisara :-)

Kepada kalian yang ingin mencuba, bole ikuti blog Ms Anshu seperti link di atas ya! Sangat mudah difahami dan mudah dijahit seperti ABC ;-)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...