Wednesday, April 15, 2015

Label BYD

Teks: Yati Dbahri
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Hari ini YD dapat sesuatu daripada En. Posmen. Alhamdulillah, label baju yang YD tempah sudah siap dan selamat sampai ke tangan YD.

Setakat ini YD akan gunakan label baju ini untuk projek jahit YD yang akan datang ini. YD buat label ini sebagai salah satu langkah penjenamaan hasil jahitan YD kelak. InsyaAllah.

Kalau tengok label YD ini, perkataan "byd" adalah singkatan kepada "by Yati Dbahri". Jadi hanya menggunakan "byd" supaya senang nak sebut dan ingat label YD. Yati Dbahri pula adalah singkatan gabungan nama YD dan abah YD. 

Ok, jom tengok hasilnya ya! 

Sampel no.1 menjadi pilihan YD.
Gabungan warna hitam dan putih sahaja.



Ada yang berminat untuk membuat tempahan? Boleh terus hubungi Sis Elma ya. YD senang berurusan dengan Sis Elma. 'Fast response' dan sudah tentu hasilnya pun cantik dan YD sangat berpuas hati.

Facebook: Elma Hafael atau Hafael Extreme
Contact No: 016-9449904 (Elma) atau 016-9841315 (Hamidi)
Lokasi: Shah Alam

P/S: Untuk label ni, YD tempah untuk saiz label berukuran 5cm x 2cm dan menggunakan material grossgrain.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...