Friday, April 24, 2015

10 Tips Jahit Untuk Pemula

Teks: Yati Dbahri

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.


Salam Jumaat semua. Hari ini YD nak kongsikan beberapa tips untuk pemula dalam menjahit. Tips ini adalah berdasarkan pengalaman YD sendiri.

1. Sebagai pemula, kita boleh mula menjahit apa-apa sahaja projek jahitan yang mudah dan senang dibuat. Sebagai contoh, boleh mula dengan projek jahitan kecil yang hanya menggunakan jahitan lurus seperti sarung bantal dan tilam, selimut bayi, barut bayi, alas meja, tote bag simple dan sebagainya.

2. Tidak semestinya ada mesin jahit baru kita hendak mula menjahit. Kita boleh mula menjahit dengan memilih projek jahitan yang menggunakan tangan seperti jahitan manik dan lace, kraftangan felt, jahitan kraf yang mengggunakan tangan dan sebagainya. 

3. Pilihlah material kain yang mudah dijahit seperti kain cotton dan linen. Kain-kain ini sudah tentu tidak licin dan sangat mudah dikendalikan.

4. Apabila menjahit buatlah dengan penuh kasih sayang dan kesabaran. Bagi YD, jangan rasa stress bila menjahit akan tetapi anggaplah ia satu terapi untuk diri kita.


5. Practice makes perfect! dan usaha tangga kejayaan. Teruskan menjahit sebagai latihan untuk memahirkan kita dalam jahitan. 

6. Yakin dengan kebolehan diri dan jangan takut-takut untuk mencuba melakar dan membuat perubahan pada pola. Kemudian yakin juga untuk memotong kain dan seterusnya menjahit sampai selesai dengan kemas dan cantik.

7. Berani untuk mencuba dan jangan sesekali mudah berputus asa sekiranya apa yang kita jahit tidak menjadi. 

8. Carilah ilmu dalam jahitan sebanyak yang mungkin. Ini termasuklah ilmu di buku, majalah, tutorial di internet, grup diskusi di Facebook, forum di internet dan sebagainya.

9. Carilah mentor atau guru dalam jahitan. Ilmu yang kita pelajari tak akan sama sekiranya kita tidak berguru. Mentor/guru juga adalah motivasi kita untuk terus maju ke hadapan dalam apa jua bidang.

10. Jangan berkira atau lokek untuk membuat sesuatu pelaburan. Maksud YD pergilah menuntut ilmu dengan menghadiri kelas-kelas jahitan atau personal coaching dalam jahitan. Tak rugi kalau kita ikuti kelas-kelas jahitan berbayar sebagai salah satu cara untuk kita menambah ilmu dan memahirkan kebolehan kita yang ada. 

Semoga bermanfaat!

2 comments:

  1. Bi baru lepas belajar buat jubah.dalam pd tu terus design utk jubah menyusu.ya betul yati..terapi disaat stress :)

    ReplyDelete
  2. Wah...tahniah bi! Sronok kn dapat jahit at least utk diri sendiri :) akceli apa2 perkara pun klu kita buat dgn rs seronok ia akn jd terapi utk kita :) lipat kain smpai kosong bakul tu pn bole jd terapi.he3....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...