Monday, February 23, 2015

Mula Jahit Peasant Dress

Teks: Yati Dbahri

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Projek jahit pertama untuk tahun 2015, YD akan fokus kepada jahitan pakaian baby dan kanak-kanak. Kenapa? Ya, YD ada sepasang anak lelaki dan perempuan. Impian YD dari dahulu lagi nak jahit dan tengok anak-anak YD pakai apa yang YD jahit sendiri. Rasa puas hari bila tengok anak-anak happy dengan hasil tangan YD sendiri. Seperkara lagi YD memang geram bila tengok baju-baju baby dan kanak-kanak yang kecil dan super cute. Mulalah berangan nak ada baby lagi. (tersenyum sendiri dalam hati sambil berangan..)

Puas YD google di internet dan YD rasa dress ni adalah yang paling mudah dan simple untuk dijahit. Dress yang YD maksudkan adalah Peasant Dress. Ya, lama dah YD nak cuba. Alhamdulillah, terlaksana juga hari ini. Untuk peasant dress ni YD cuba buat untuk saiz 2 tahun. YD menggunakan lebihan kain yang ada di rumah sahaja. Untuk pattern/pola pula, sebenarnya banyak tutorial dan free pattern/pola yang terdapat di internet. Kita taip dan search sahaja di en. google.

Ok, jom kita cuba langkah demi langkah jahit Peasant Dress ni. Untuk peasant dress pertama ni, YD menggunakan free pattern yang terdapat di link ini:-


Alhamdulillah, inilah hasil YD jahit Peasant Dress. Hanya menggunakan tutorial yang diberikan dalam link seperti di atas.


Sunday, February 22, 2015

Shopping Alatan Jahitan ~ Part 2

Teks: Yati Dbahri

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

21 Februari 2015, Sabtu

YD sambung semula entri yang lalu tentang shopping alatan jahitan. Ya, misi membeli alatan jahitan yang diperlukan masih belum lengkap. Kali ini YD shopping di kedai alatan jahitan yang lain pula. Lokasi kedai masih di Bandar Baru Bangi, Selangor. YD berkunjung ke kedai ini pada hari Sabtu yang lalu. Kedai yang YD maksudkan adalah Karysma Store.

Alhamdulillah, apa yang YD cari semua ada di sini. Jom kita tengok apa yang YD beli di Karysma Store.


Seperti gambar di atas, akhirnya YD jumpa juga Cutting Mat yang kaler hijau itu. Cutting Mat ini ada juga dijual di Kraf Ezee. Akan tetapi stok sudah tiada buat masa sekarang untuk size yang YD perlukan. Jadi YD beli terus di Karysma Store dengan harga hanya RM48 untuk size 24"x 18". Murah kan? Tapi YD tak pasti brand yang ni ok ke tak. YD tiada pilihan masa ni kerana brand ini sahaja yang ada. Baik, seterusnya YD ada juga membeli velcro dan juga tali bag (warna hitam). Selain itu, YD juga membeli cangkuk kain/seluar, benang getah, elastic dan jarum jahit tangan.

Saturday, February 21, 2015

Shopping Alatan Menjahit - Part 1

Teks: Yati Dbahri

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Alhamdulillah. Mesin jahit dan bilik menjahit impian sudah YD miliki. Misi YD yang seterusnya adalah untuk melaksanakan perancangan YD dalam memahirkan diri YD dengan seni jahitan. Dengan erti kata lain, YD mesti mula menjahit dan menjahit bagi memastikan YD mahir menggunakan mesin jahit dan seterusnya berjaya menjahit. Bak kata pepatah Inggeris, "Practice Makes Perfect"! 

Untuk itu, YD perlu lengkapkan pula Studio YD dengan barang kelengkapan alatan jahitan. Baik, hari ini YD nak kongsikan pula tentang aktiviti YD pada cuti Tahun Baru Cina yang lepas. Misi YD pada hari tersebut adalah membeli barang-barang jahitan. Ok, jom kita tengok apa yang YD beli dan di mana YD beli barang-barang menjahit ni.

19 Feb 2015, Khamis

Sebenarnya, ini adalah kali ketiga YD berkunjung ke kedai ini. Nama kedai ni adalah Kraf Ezee yang terletak di Bandar Baru Bangi, Selangor. Pertama kali YD datang ketika YD membeli mesin jahit Brothers NV950 dan mesin jahit tepi Brother 3034D. Ya, di kedai inilah YD membeli mesin-mesin jahit pertama YD. Lokasi yang dekat dengan kediaman YD adalah faktor utama kenapa YD membeli di sini. Bagi YD kedai ini lengkap dengan peralatan jahitan yang diperlukan oleh pemula dalam bidang jahitan seperti YD.

Monday, February 16, 2015

'YD Studio' Bilik Menjahit Pertamaku

Teks: Yati Dbahri

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Salam petang Isnin.

YD imbas kembali sewaktu YD masih bekerja dengan majikan dahulu, pada waktu ini YD masih bertungkus-lumus menyiapkan laporan seperti yang dipohon. Selagi laporan tidak siap, YD tak akan senang hati. Kalau bukan menyiapkan laporan, mungkin YD berada di bilik mesyuarat menyelia mesyuarat yang berlangsung pada hari tersebut. Begitulah rutin YD sehinggalah jam 6 petang.

Alhamdulillah, berbeza dengan rutin YD sebagai WAHM kini. YD masih bekerja tapi suasana bekerja yang agak jauh berbeza dan lebih fleksibel. Kini pejabat YD hanya di rumah. Walau bekerja hanya dari rumah, YD sangat berpuas hati kerana dapat menguruskan anak-anak sendiri. Pada waktu pagi Arissa dan Harith berada di sekolah. Manakala sebelah petang hanya Arissa sahaja masih berada di sekolah.

Panjang pula YD bercerita. Apa-apa pun, YD bersyukur sangat walaupun pada mulanya agak kelam-kabut, lama-kelamaan YD semakin serasi dengan jadual rutin harian YD sebagai isteri, ummi dan WAHM.

Thursday, February 12, 2015

Mesin Jahit Pertamaku

Teks: Yati Dbahri

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Sudah hampir 3 bulan YD dan keluarga berpindah ke rumah baru. Masih lagi dalam mood mengemas barang-barang yang ada di dalam kotak. Termasuklah juga baby-baby kesayangan YD. Hmm.. cuba teka apakah dia? 


Alhamdulillah, pada bulan Jun tahun lalu, impian YD untuk memiliki mesin jahit sendiri telah tercapai. Sebelum ni YD memang merancang untuk memiliki mesin Janome Harmony 2049. Akan tetapi di saat-saat akhir YD tukar pilihan kepada mesin Brothers NV950. Ya, seperti dalam gambar di atas,YD dapat memiliki sebuah mesin jahit portable Brothers NV950 dan mesin jahit tepi Brothers 3034D. Tapi tu la, YD hanya sempat rasmikan mesin jahit NV950 sahaja. Mesin jahit tepi masih belum lagi dirasmikan kerana YD dapat mesin tersebut sebulan sebelum berpindah. YD beli mesin-mesin ni secara pakej tau. Memang sangat berbaloi. Seperkara yang menarik lagi, YD tidak pernah menjahit menggunakan mesin jahit yang YD beli ni. Kali terakhir YD pegang mesin pada tahun 2012 ketika YD menyertai kursus jahitan baju kurung pahang.

Tuesday, February 10, 2015

Semangat Berbento

Teks: Yati Dbahri

Assalamualaikum & salam sejahtera

Sudah hampir sebulan Arissa bersekolah di Tahun 1. Daripada hari pertama persekolahan sudah nampak perubahan sedikit demi sedikit. Bila diimbas semula pada hari pertama persekolahan, Arissa sudah kalah bermain dengan emosi. Menangis pada hari pertama sehinggalah berlarutan pada mingu kedua setiap kali Ummi atau Abah meninggalkannya di sekolah. Mungkin sudah lama bercuti sekolah dan suasana sekolah yang baru. Arissa masih tercari-cari lagi keserasian dirinya dengan suasana baru tersebut. Alhamdulillah, kini Arissa kembali normal. Tidak menangis lagi. Sudah mula berkawan dan boleh sesuaikan diri dengan suasana baru.

Dari hari pertama persekolahan,YD akan bekalkan makanan untuk sesi rehat pagi pada jam 9.15 pagi dan makan tengahari pada jam 1.15 petang. Seingat YD sejak dari pra sekolah lagi YD sudah biasakan Arissa dengan membawa bekal @ bento ke sekolah. Wang belanja kami beri juga, akan tetapi wang itu kami didik Arissa untuk menyimpan dan bila perlu sahaja akan digunakan di sekolah.




Gambar di atas adalah bento Arissa hari ini untuk waktu rehat pagi. YD sangat teruja dengan rakan-rakan di grup Bento Malaysia di facebook. Mereka sangat kreatif dan rajin apabila menyediakan bento untuk anak-anak. Walaupun hanya silent reader, YD banyak belajar daripada grup tersebut tentang idea masakan dan cara deko bento tersebut. Jadi tahun ni YD berazam untuk kekal menyediakan bento Arissa setiap hari dan cuba aplikasikan idea-idea yang kreatif dalam berbento. InsyaAllah Harith juga YD akan sediakan bento suatu hari nanti. Bento Arissa hari ini adalah Nasi Goreng Udang dan juga Butter Cupcakes. 

Saturday, February 07, 2015

Setahun Sudah Berlalu

Teks: Yati Dbahri

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Salam hujung minggu semua. 



Alhamdulillah, hari ni 7 Februari 2015 genaplah setahun YD menjadi WAHM. Sekejap sangat masa berlalu. Bagi YD setiap masa yang berlalu akan memberi seribu pengalaman dan pengajaran bagi YD. Adakalanya apa yang kita rancang tidak menjadi dan adakalanya apa yang kita rancang juga menjadi dan lebih daripada apa yang kita rancangkan. Apa-apapun kita mesti terus bangkit dan jangan sesekali berputus asa. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya dan jangan sesekali kita lupa yang Allah swt sentiasa bersama kita. InsyaAllah moga segalanya dipermudahkan.

7 Februari 2014 yang lalu YD dengan rasminya menyertai Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). Alhamdulillah, banyak yang YD belajar dan perolehi daripada akademi ni. Sehingga hari ini YD masih bersama ABDR sebagai alumni dan juga Pengurus Oline ABDR. Cuma sejak kebelakangan ni aktiviti YD dengan ABDR agak perlahan sikit dan penulisan blog di WAHM Corner juga sudah lama menyepi disebabkan beberapa faktor yang YD sendiri tengah cuba untuk selesaikan.

YD pegang nasihat Kak Aishah Hussein (guru online YD kini dalam team Pengurus Online Akademi), kita cuba adjust dan cari masa tu. InsyaAllah. Bermula daripada saat ini YD akan cuba bangkit semula untuk teruskan dan selesaikan apa yang YD telah mula pada tahun yang lalu. 

Thursday, February 05, 2015

Salam Perkenalan

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Alhamdulillah.. akhirnya publish juga 1st entri ni. Blog ini diwujudkan khusus untuk catatan peribadi YD (Yati Dbahri) tentang ilmu jahitan dan kraf. YD adalah zero dalam jahitan ni. Tidak memiliki kelayakan khusus dalam bidang jahitan dan kraf. Akan tetapi demi minat yang mendalam, YD belajar langkah demi langkah berdasarkan pembacaan, pengalaman belajar menjahit, ilmu jahitan yang didapati daripada pelbagai sumber samada daripada buku, otai-otai dalam jahitan mahupun ilmu yang didapati di media sosial seperti tutorial di youtube, sumber internet dan sebagainya. InsyaAllah wish list tahun ini untuk menimba ilmu daripada individu yang pakar dalam bidang jahitan.

Selain ilmu jahitan, YD rakamkan juga catatan harian tentang kehidupan seharian sebagai seorang isteri, Ummi dan WAHM (Working At Home Mom).

YD jemput kalian semua untuk follow catatan YD di blog ini. Moga ianya memberi manfaat kepada kita semua. Juga YD amat mengalu-alukan komen dan perkongsian ilmu khususnya dalam jahitan dan kraf. InsyaAllah kita sama-sama berkongsi minat dan ilmu di laman blog ini.

Salam perkenalan dan ukhuwwah.

Yati Dbahri
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...