Thursday, February 12, 2015

Mesin Jahit Pertamaku

Teks: Yati Dbahri

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Sudah hampir 3 bulan YD dan keluarga berpindah ke rumah baru. Masih lagi dalam mood mengemas barang-barang yang ada di dalam kotak. Termasuklah juga baby-baby kesayangan YD. Hmm.. cuba teka apakah dia? 


Alhamdulillah, pada bulan Jun tahun lalu, impian YD untuk memiliki mesin jahit sendiri telah tercapai. Sebelum ni YD memang merancang untuk memiliki mesin Janome Harmony 2049. Akan tetapi di saat-saat akhir YD tukar pilihan kepada mesin Brothers NV950. Ya, seperti dalam gambar di atas,YD dapat memiliki sebuah mesin jahit portable Brothers NV950 dan mesin jahit tepi Brothers 3034D. Tapi tu la, YD hanya sempat rasmikan mesin jahit NV950 sahaja. Mesin jahit tepi masih belum lagi dirasmikan kerana YD dapat mesin tersebut sebulan sebelum berpindah. YD beli mesin-mesin ni secara pakej tau. Memang sangat berbaloi. Seperkara yang menarik lagi, YD tidak pernah menjahit menggunakan mesin jahit yang YD beli ni. Kali terakhir YD pegang mesin pada tahun 2012 ketika YD menyertai kursus jahitan baju kurung pahang.


Bercakap tentang mesin, banyak sebenarnya yang YD mahu kongsikan. Kalau tengok gambar tu, mesin-mesin masih lagi berada di dalam kotaknya. YD masih belum sempat lagi untuk mengemas bilik jahit ni. InsyaAllah nanti bila sudah sedia YD akan kongsikan di mana dan kenapa YD beli mesin-mesin ni. Nantikan ya entri YD yang akan datang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...