Saturday, April 30, 2016

Label baru

Teks: Yati Dbahri



Label baru dah sampai tadi ;-)

Mesti ada yang tanya apa dah jadi dengan label lama. 

Jawapan YD,

Label yang lama masih pakai lagi. YD saja wujudkan label baru ini khusus untuk projek jahit YD yang lebih fokus kepada produk baby dan kanak-kanak. InsyaAllah YD akan fokus kepada beberapa pattern dan lingkungan umur daripada baby sehingga 4 tahun sahaja. 

Jangan lupa hashtag-hashtag kat bawah ni:-

#LittleSufiBYD
#NewLabelforKids
#KidsOutfit
#BabyOutfit
#Customemade
#Readytowear
#BajuMelayuBaby
#BajuMelayuRomper
#JubahBaby
#Kurta
#PeasantDress
#ALineDress
#ALineKurung
#KaftanKurung

Nantikan ya kemunculannya!



Saturday, April 02, 2016

Baju Melayu Moden Untuk Baby #2

Teks: Yati Dbahri

#Cabaran10BajuMelayuBaby

#2 - Baju Melayu Moden

Size: 6 - 12 bulan 
Material: English Cotton 
Warna: Yellow (polkadot coklat)
Status: Sold

Baju melayu moden untuk baby. Moden kerana tidak ada
pesak dan kekek. Tapi masih mengekalkan ciri baju melayu
teluk belanga dan mempunyai 2 poket kiri dan kanan.
Juga mempunyai kemasan getah di hujung seluar.


5
YD cuba gayakan baju ni pada baby Hafiy. Hafiy baru masuk
3 bulan lebih, jadi nampak longgar sedikit baju ni.
Apapun nampak comel kan!  
Terima kasih kepada adik YD, Aidil Dbahri kerana memberi kepercayaan kepada YD untuk jahitkan baju melayu baby ni. Kedua-dua pattern baju melayu moden ini sebenarnya adalah sampel baju yang akan digunakan untuk projek baju melayu baby di bawah jenama kedai online beliau yang akan dilancarkan tidak lama lagi. 


Friday, April 01, 2016

Baju Melayu Moden Untuk Baby #1

Teks: Yati Dbahri

#Cabaran10BajuMelayuBaby

#1 - Baju Melayu Moden

Size: 6 - 12 bulan 
Material: English Cotton 
Warna: Baby Blue (polkadot putih)
Status: Sold

Nampak lain dari segi potongan lengan dan badan. Baju
melayu ni tidak ada pesak dan kekek, tapi masih
mengekalkan ciri baju melayu teluk belanga. Juga terdapat
kemasan getah di bahagian hujung seluar.



comel kan apabila digayakan pada baby kita?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...