Friday, August 14, 2015

Kegunaan Pin Cushion

Teks: Yati Dbahri
Sumber Gambar: Google

Salam Jumaat, 29 Syawal 1436H.

Pernah dengar tak 'Pin Cushion'? Dalam bahasa melayu kita panggil Kusyen Pin. Kegunaannya adalah untuk kita cucuk pin peniti, jarum, atau apa-apa bentuk jarum pada kusyen pin tersebut. Bentuk pin cushion ni kecil sahaja dan sangatlah comel. Jadi, tak adalah bersepah-sepah jarum kita tu nanti. Nampak cantik dan kemas sahaja bila kita cucuk semua pin yang ada pada kusyen pin tersebut. Bila hendak guna semula pun mudah untuk kita cari sebab semua jarum ada tercucuk pada satu tempat. 

Selain tukang jahit, pin cushion ini juga digunakan oleh para wanita yang memakai tudung. Ianya sangat memudahkan kita untuk cucuk jarum tudung pada pin cushion tersebut.

Ada juga yang menjadikan pin cushion ini sebagai koleksi hobi. Memandangkan bentuk pin cushion ini yang comel dan unik, ianya amat sesuai juga dijadikan perhiasan di sudut ruang rumah atau pejabat.

Ok, kat bawah ni sebahagian daripada gambar pin cushion yang YD google di Internet. Saja hendak mencari idea dan inspirasi. Nanti ada masa YD nak buat sendiri pin cushion pertama khusus untuk kegunaan YD sendiri. Setakat ini, semua jarum peniti YD letakkan di dalam kotak kecil.

Meh kita cuci mata tengok gambar pin cushion ni ;-)




















Monday, August 10, 2015

Jubah Kurta

Teks: Yati Dbahri

Entri kali ni YD update lagi hasil jahitan yang terbaru. YD jahit lagi baju untuk anak buah sendiri. Kali ni YD cabar diri sendiri untuk jahit Jubah Kurta untuk Wan Umar Daniyal yang berusia dua tahun lebih. Seharian YD jahit jubah kurta ni. Alhamdulillah, siap juga dan si kecil Umar ni sempat pakai masa kami beraya di kampung aritu. YD fokus semula jahit setelah abah dan Harith sihat. 

Masih lagi menggunakan kain cotton. YD google sahaja tutorial yang ada di internet. Pattern kali ni YD buat jubah kurta ni nampak simple tapi kemas dan selesa bila digayakan oleh si pemakai. Kolar baju YD buat seperti baju melayu cekak musang tapi hanya kolar bulat sahaja (round neck). Yang ni pun pertama kali YD cuba menjahit. Alhamdulillah, menjadi juga ;-)

Jom kita tengok hasilnya!

Pattern: Jubah Kurta
Material: English Cotton (corak polkadot)
Kaler: Kuning/ hijau epal
Saiz: 2 tahun
Kolar: round neck, cekak musang menggunakan prong button baju melayu

Close up bahagian atas baju. YD menggunakan prong button baju melayu.
Ada poket kecil di sebelah kiri badan.
Tidak ketinggalan... label baju BYD by YatiDbahri
di bahagian bawah sebelah kiri baju
Ni la Wan Umar Daniyal. Kecil molej je orangnya.
Happy sangat dapat pakai jubah kurta ni ;-).
(Warna baju agak berlainan disebabkan pencahayaan lampu kamera).
Gelagat Umar ;-)

Wednesday, August 05, 2015

Baju Melayu Teluk Belanga Untuk Baby

Teks: Yati Dbahri

Salam 20 Syawal 1436H.

Masih lagi mood Syawal. Seperti yang dijanjikan, hari ini YD update hasil jahitan yang YD sempat jahit seminggu sebelum raya aritu.

Alhamdulillah, baju melayu teluk belanga untuk baby siap juga akhirnya. Kalau tengok gambar di bawah ni ada dua pasang kan? Ya, dua baju melayu yang sama dijahit dengan penuh kasih sayang untuk anak buah kembar YD iaitu Muhammad Khaleesh Fayyad dan Muhammad Khaleesh Rayyan. Fayyad dan Rayyan ni baru sahaja berusia 5 bulan lebih. Agak mencabar jugalah untuk menjahit baju melayu baby yang secomel dan bersaiz kecil ni. Apa-apapun ini adalah kali pertama YD jahit baju melayu baby dan alhamduillah YD berpuas hati dengan hasilnya.


Pattern: Baju melayu baby (teluk belanga)
Material: Satin Valentino
Saiz: 6-12 bulan

Ni la Fayyad dan Rayyan ;-)
Baju Melayu Baby Teluk Belanga by YatiDbahri.

Macamana YD menjahit baju melayu ni?
Baik, YD sebelum ni pernah menjahit baju kurung sendiri. Jadi, untuk menjahit baju melayu baby ni, YD rasa teknik jahitannya lebih kurang sama iaitu pada bahagian bajunya. Maksud YD bahagian pesak, badan baju dan leher baju. Konsepnya lebih kurang sama..betul tak? Cuma baju melayu ni ada seluar, ada poket dan labuh baju pendek sehingga paras peha sahaja.

Untuk memola baju melayu ni, YD menggunakan ukuran standard untuk bayi berusia 6-12 bulan. Seperti biasa YD google sahaja di internet. Selepas buat pola baju dan seluar, seterusnya potong kain dan jahit sehingga selesai.

Antara tutorial yang YD rujuk untuk jahit baju melayu baby ni:


2. Tutorial guna acuan leher - https://youtu.be/O7CDHDiWcZY

3. Tutorial jahit lubang leher - https://youtu.be/ZlU6rcyVjW4

4. Tutorial jahit seluar baju melayu budak - https://youtu.be/psDwnNVvrXk

5. Tutorial buat poket baju melayu - https://youtu.be/VV-Ckx9HegA

6. Tutorial jahit poket baju melayu dengan kemas - https://youtu.be/cH0qg7VyVLM

Terima kasih kepada individu-individu yang telah membuat tutorial video seperti link di atas. Ianya sangat membantu amatur seperti YD.

Semoga entri ni memberi panduan dan menjadi pembakar semangat untuk kalian mencuba untuk menjahit baju melayu baby!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...