Wednesday, January 27, 2016

Jangan Menjahit Dan Membaca Ketika Berpantang

Teks: Yati Dbahri

Menurut kata orang-orang tua, antara amalan yang dilarang semasa berpantang bersalin adalah ibu-ibu dilarang menjahit pakaian dan membaca. Ha..sejauh mana YD amalkan pantang larang ini dan kenapa kena berpantang daripada menjahit dan membaca?

Ya, secara logiknya sudah tentu keadaan fizikal kita masih lemah dan perlu banyak berehat daripada aktiviti-aktiviti yang memudharatkan diri. Ini termasuklah aktiviti menjahit. Sebab itulah YD simpan siap-siap semua mesin jahit YD sebelum bersalin hari tu. Sekarang YD pandang dari jauh sahaja. (Dalam hati YD kata, ada hati juga tangan tu nak pegang mesin jahit. Lol)

Begitu juga membaca. Tidak kiralah samada baca buku, baca muka buku ataupun baca di blog. Ini dikhuatiri akan menyebabkan ibu-ibu cepat mengalami rabun sebelum usia tua.

Kesimpulannya, nama pun berpantang bersalin, jadi seboleh-bolehnya kita berpantanglah sebaik-baiknya. Apa yang tidak boleh dan boleh dilakukan semasa berpantang hendaklah kita ikuti. Ini semua untuk kebaikan kita sendiri. Bukan apa, esok-esok kalau sakit diri sendiri kita juga yang akan tanggung. Jadi gunakan tempoh berpantang ini sebagai satu tempoh untuk kita berehat dan sembuh sepenuhnya.  

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...