Saturday, February 07, 2015

Setahun Sudah Berlalu

Teks: Yati Dbahri

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Salam hujung minggu semua. 



Alhamdulillah, hari ni 7 Februari 2015 genaplah setahun YD menjadi WAHM. Sekejap sangat masa berlalu. Bagi YD setiap masa yang berlalu akan memberi seribu pengalaman dan pengajaran bagi YD. Adakalanya apa yang kita rancang tidak menjadi dan adakalanya apa yang kita rancang juga menjadi dan lebih daripada apa yang kita rancangkan. Apa-apapun kita mesti terus bangkit dan jangan sesekali berputus asa. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya dan jangan sesekali kita lupa yang Allah swt sentiasa bersama kita. InsyaAllah moga segalanya dipermudahkan.

7 Februari 2014 yang lalu YD dengan rasminya menyertai Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). Alhamdulillah, banyak yang YD belajar dan perolehi daripada akademi ni. Sehingga hari ini YD masih bersama ABDR sebagai alumni dan juga Pengurus Oline ABDR. Cuma sejak kebelakangan ni aktiviti YD dengan ABDR agak perlahan sikit dan penulisan blog di WAHM Corner juga sudah lama menyepi disebabkan beberapa faktor yang YD sendiri tengah cuba untuk selesaikan.

YD pegang nasihat Kak Aishah Hussein (guru online YD kini dalam team Pengurus Online Akademi), kita cuba adjust dan cari masa tu. InsyaAllah. Bermula daripada saat ini YD akan cuba bangkit semula untuk teruskan dan selesaikan apa yang YD telah mula pada tahun yang lalu. 


Alhamdulillah, dalam penulisan blog YD mula panaskan enjin untuk menulis semula. YD akan hidupkan semula blog WAHM Corner yang sudah bersawang dan juga blog-blog YD yang lain. Bermula tahun 2015 ni, YD juga bina sebuah blog khas yang lebih santai untuk catatan harian/ pengalaman YD dan keseluruhan blog baru ini adalah tentang ilmu jahitan dan kraf yang YD minati. Manakala blog WAHM Corner lebih mengkhusus kepada aktiviti dan catatan YD berkaitan dengan Akademi Bekerja Di Rumah.

Ok, nantikan ya entri-entri YD yang seterusnya dalam blog ni!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...