Saturday, April 18, 2015

A Cut Dress By Yati Dbahri

Teks: Yati Dbahri

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Teknik yang sangat mudah difahami dan praktikal untuk amatur seperti YD. Ya, minggu yang lalu YD belajar menjahit A Cut Dress ini dengan hanya menggunakan saiz dolly. Alhamdulillah, di rumah YD telah berjaya membuat dan menjahit dress ini mengikut ukuran sebenar YD.

Rasa macam tak percaya sahaja. YD dapat menyiapkan dress ini sendiri di rumah. Hanya berbekalkan teknik yang dipelajari dalam kelas dan ebook sebagai rujukan di rumah. YD mula pada pukul 4 petang hingga 6 petang untuk mengukur dan memotong kain. Pada sebelah malam pula YD mula menjahit bermula selepas isyak sehingga siap pada jam lebih kurang 1.30 pagi. Tidur lewat tau YD malam tadi, bersemangat sungguh YD nak siapkan dress ni dan pakai di badan sendiri.

Untuk dress ni, YD menggunakan material cotton. Kain ni sebenarnya pemberian adik ipar YD pada tahun lepas. Kain ni ada 4 meter bidang 60. YD hanya gunakan 3 meter untuk menghasilkan A Cut Dress ini.


Langkah demi langkah YD jahit, alhamdulillah inilah hasilnya. Jutaan terima kasih kepada Cikgu Yasalma atas teknik tanpa pola yang mudah dan praktikal ini. Juga kepada Cikgu Nisa dan Cikgu Junne daripada Yasalma Sewing School (YSS) atas tunjuk ajar yang diberikan. InsyaAllah, YD akan mahirkan lagi untuk menjahit dress ini.

Ok, jom kita tengok hasilnya ;-)

Kain cotton 3 meter bidang 60 dan alatan jahit yang diperlukan

Inilah hasilnya. Daripada dolly size kepada ukuran sebenar YD.

Testing label byd yang baru siap ditempah tempohari.
Alhamdulillah, YD selesa pakai hasil jahitan YD sendiri ;-)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...