Monday, April 06, 2015

Desain Sendiri Label Baju

Teks: Yati Dbahri

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Hari ni seharian YD menghadap laptop mencari idea dan mula mendesain. Memang dalam perancangan tahun 2015 untuk YD ada label jenama sendiri. InsyaAllah. 

YD mula mencari beberapa quoatation dan individu yang menawarkan perkhidmatan membuat cloth label. Selain itu, YD ada juga google di internet untuk buat sendiri label baju ni. Tapi YD lebih yakin untuk menempah sahaja.

Bila dah jumpa quotation yang bersesuaian, YD mula mendesain label baju tersebut. Sebenarnya boleh sahaja upah desain, tapi nak jimat jadi YD desain sendiri sahaja.

Ok. untuk entri kali ini YD nak kongsi bagaimana mendesain sendiri label baju. YD mula mendesain dengan hanya menggunakan applikasi software yang ada dalam laptop ni. YD hanya menggunakan MS Word. Mudah sahaja. Jom ikuti langkah demi langkah ya!

1. Buka aplikasi MS Word dan klik Open - New Document

2. Mula taip text yang dikendaki menggunakan tool 'text box'

3. Ubah jenis font, saiz font, warna dan alignment yang dikehendaki. Boleh juga masukkan bentuk menggunakan tool 'shapes'. Hanya klik insert dan pilih mana-mana shapes  yang dikehendaki. Kalau nak masukkan simbol atau gambar pun boleh. Seperti YD, YD suka desain yang simple tetapi nampak kreatif dan elegant sahaja. Jadi, YD hanya menggunakan font dan warna sahaja dalam desain label YD ini. 

4. Sudah selesai desain, boleh save dahulu.

5. Buka aplikasi 'Paint' dan copy paste desain label daripada fail MS Word yang kita save tadi.

6. Ubah ukuran label mengikut saiz yang diperlukan.

7. Klik 'Save as' dalam bentuk jpeg ataupun png format.  

Oleh kerana pilihan jenis font agak limited dalam MS Word, jadi YD download sahaja daripada internet. Selalunya YD akan download pelbagai jenis font daripada link ini: www.dafont.com. Pelbagai jenis font menarik yang boleh kita download daripada website ini secara percuma.

Inilah hasilnya ;-) Beza hanya warna dan bentuk label.

sampel 1

sampel 2

sampel 3

sampel 4

sampel 5

sampel 6


Langkah seterusnya hanya email desain ini untuk tempahan. Sebagai permulaan, YD test dulu tempah dalam kuantiti yang sikit iaitu 100 pieces. Ok, nanti label da siap YD update ya dalam entri yang akan datang ;-)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...