Monday, May 18, 2015

Hari Guru 2015

Teks: Yati Dbahri 

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Masih lagi mood sambutan Hari Guru. Begitu juga dengan anak-anak YD di sekolah. Hari ini adalah sambutan Hari Guru 2015 di sekolah Arissa. Pertama kali untuk tahun ini Arissa berada di tahun 1, YD sedikit teruja untuk menyediakan sendiri hadiah Hari Guru untuk guru-guru yang mengajar Arissa. Tidak ketinggalan juga untuk si adik, Harith Imran di sekolah tadika.

Imbas kembali tahun-tahun yang lalu, sepanjang Arissa berada di taska dan tadika, antara hadiah yang YD sediakan untuk Hari Guru:

1. Kek Hari Guru
2. Sepasang brooch
3. Kad Hari Guru yang dibuat sendiri oleh Arissa
4. Buku motivasi

Untuk tahun ini YD masih kekalkan lagi hadiah buku, cuma bezanya kali ini YD hasilkan sendiri mini tote menggunakan kain felt. Jadi, buku tadi dan juga hadiah sampingan yang lain YD satukan dalam mini tote comel ini.

Ok, jom kita tengok hasilnya dulu ya!

Mini tote 70% siap. YD design mini tote ni khas untuk Hari Guru 2015.


Ok, inilah hasilnya. Comel tak?
Material: Kain felt
Cara jahitan: 100% menggunakan tangan menggunakan jahitan kia dan jahitan insang pari.

Untuk mini tote ini, YD hasilkan pelbagai versi mengikut kaler dan desain. Terdapat dua versi iaitu gabungan kaler pepel, merah dan putih; dan juga gabungan kaler hitam, merah dan putih. Kalau tengok gambar di bawah ada text I Love Cikgu, I Love Ustaz, I Love Teacher dan I Love Ustazah.

Alhamdulillah, inilah hasilnya. YD sediakan 10 mini tote untuk guru-guru Arissa
dan 5 buah mini tote untuk guru-guru Harith.

Apa ada dalam mini tote ini? Ok, selain buku iaitu Buku Mini ATM (Allah Tempat Meminta), mini tote ini juga YD isikan dengan penanda buku felt (YD buat sendiri juga), sebatang pen merah dan 2 biji peanut candy.

Penanda Buku Felt Hari Guru.
Material: Kain Felt dan batang aiskrim pelbagai kaler.

Inilah hasil keseluruhannya. 100% handmade by Yati Dbahri.
Setiap mini tote felt mengandungi sebuah buku mini ATM,
penanda buku, sebatang pen merah dan 2 biji peanut candy.

Alhamdulillah, selesai juga projek kraf pertama YD menggunakan felt. Ada yang berminat nak buat tempahan boleh terus hubungi YD ya!

Di kesempatan ini, YD juga merakamkan ucapan Hari Guru 2015 untuk semua guru-guru yang pernah mendidik dan mengajar YD dari sekolah tadika sehinggalah peringkat universiti. Juga ucapan Hari Guru ini YD tujukan khas untuk cikgu-cikgu di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR), rakan-rakan dan kenalan yang bergelar pendidik dan guru. Terima kasih semua :-)

P/S: YD beli buku mini ATM ini dengan salah seorang penulis bersama buku ATM. Ada yang berminat dengan buku ATM ini, boleh terus hubungi En. Mohd Rosi bin Mohamed Husaini di talian 013.4312543.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...