Monday, October 05, 2015

DIY Topeng Muka

Teks: Yati Dbahri

Hari ini dan esok sekolah ditutup lagi kerana masalah jerebu yang semakin teruk. Dalam keadaan jerebu ni, golongan kanak-kanak yang paling senang dijangkiti masalah kesihatan seperti batuk, selesema dan demam. Sebagai langkah berjaga-jaga, YD sediakan juga topeng muka untuk anak-anak YD.

Oleh kerana topeng muka yang sedia ada di pasaran adalah standard untuk saiz dewasa, jadi YD DIY sendiri topeng muka khusus untuk saiz kanak-kanak. YD ada google beberapa tutorial untuk membuat topeng muka sendiri. Alhamdulillah, YD jumpa tutorial dan free pattern sekali untuk kita DIY sendiri.

Lama rasanya tak pegang 'baby NV980' sejak jadi makbuyong ni. Alhamdulillah, hari ini hasil jahitan mudah daripada YD untuk anak-anak pakai ke sekolah dan apabila berada di luar kawasan rumah. 'Face Mask' atau topeng muka khas untuk kanak-kanak.

YD guna apa yang ada dalam YD Studio. Hanya guna perca kain cotton dan getah elastik/ tali untuk barut sebagai tali topeng tersebut.

Ok, jom kita tengok hasilnya. Comel sangat apabila dipakai oleh anak-anak :-)


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...