Tuesday, March 03, 2015

Borong Kain Cotton

Teks: Yati Dbahri

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Dua entri yang lepas YD ada kongsikan cerita di mana YD shopping alatan jahitan. Masih lagi bercerita berkenaan shopping. Tetapi kali ni YD shopping fabrik cotton pula. Ya, untuk menjahit sesuatu projek, fabrik adalah salah satu item penting yang mesti ada. Sebagai permulaan, YD memilih fabrik jenis cotton sebagai material dalam menghasilkan projek jahitan YD nanti. 

Sebelum shopping selalunya YD akan buat sedikit survey berkenaan harga, kualiti fabrik dan lokasi. YD juga membuat perbandingan antara membeli fabrik secara online ataupun offline. Alhamdulillah, setelah perbandingan di buat, YD memilih untuk memborong sahaja fabrik tersebut dengan datang terus ke kedai fabrik yang dipilih. Di mana YD borong fabrik cotton? Ok, jom kita cuci mata dulu kain cotton yang YD pilih.



Sebelum YD borong, YD daftar sebagai ahli dahulu dan YD layak untuk menikmati harga ahli pada harga RM45 sepasang. YD borong kain cotton ni sebanyak 11 pasang. Setiap pasang YD ambil mix & match (2m + 2m) untuk mendapatkan 22 corak yang berbeza. 




YD borong kain cotton di mana? Ya, lokasinya masih lagi di Bandar Baru Bangi. Kedai yang YD maksudkan adalah kedai Pesona Cinta.


Kedai Pesona Cinta ini berdekatan dengan Karysma Store. Jadi mudah untuk YD beli alatan jahitan dan dalam masa yang sama YD beli juga kain cotton.

Bagi YD dari segi harga, perbandingan antara belian secara runcit dan borong, ianya sangatlah berbeza dan jauh lebih murah. Sekiranya kita beli secara runcit, sepasang kain hanya boleh dibeli pada harga RM55 - 95 sepasang. Berbeza dengan harga borong, YD dapat membeli pada harga hanya RM45 sepasang. Jimat dan berbaloikan!



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...