Wednesday, March 04, 2015

Full Circle Satin Dress by Rina Talib

Teks: Yati Dbahri

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera




YD imbas semula album tahun lepas. Ini adalah gambar Arissa Safiya, anak sulung YD. Gambar ni diambil semasa Majlis Resepsi Perkahwinan adik lelaki YD pada tahun yang lalu. Kalau tengok gambar ni, semestinya Arissa sangat happy masa menggayakan baju dress ni. Macam princess katanya. Inilah Full Circle Satin Dress yang ditempah khas dengan Kak Rina Talib. Tapi untuk dress ni YD beri sentuhan sendiri pada jahitan lace dan maniknya. Alhamdulillah, hasil yang sangat cantik dan memuaskan hati.

Ramai yang puji dress ni. Kredit untuk Kak Rina Talib atas hasil jahitan dan design dress yang sangat cantik. Saya ingat lagi pada tahun yang lalu, saya ada menyatakan hasrat kepada beliau untuk mengikuti kelas jahitannya suatu hari nanti. InsyaAllah YD akan hubungi beliau apabila YD betul-betul sudah bersedia. 


Oh ya, ada yang berminat untuk belajar jahit dress ni? Atau buat tempahan dress kanak-kanak? YD amat mengalu-alukan dan mengesyorkan Kak Rina Talib. YD suka sangat dengan hasil jahitannya. Selain kemas dan cantik, yang pasti anak YD selesa dengan dress tersebut. Untuk membuat tempahan atau belajar menjahit, kalian boleh follow Kak Rina Talib di facebook dan instagram. Boleh klik link ini ya!

Instagram: Rina Talib

YD juga sedang menyemak tarikh-tarikh yang sesuai untuk hadir ke kelas menjahit yang dianjurkan oleh Kak Rina Talib. Doakan ya semuanya dipermudahkan dan berjalan lancar. Amin..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...