Monday, March 23, 2015

Spin Around Dress - Part II

Teks: Yati Dbahri

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, seperti yang YD janjikan pada entri yang lepas, hari ini YD nak kongsikan hasil jahitan YD menjahit dress kanak-kanak. Pattern asal untuk Spin Around Dress ini, kalau kita tengok gambar di bawah tiada lengan, tapi YD ubah sedikit dengan menambah lengan sehingga ke paras siku. Jom kita sama-sama tengok ya!

Ini adalah design asal untuk Spin Around Dress (tanpa lengan)
Inilah hasilnya... Spin Around Dress yang dijahit oleh YD.
Apa pendapat kalian? Cantik tak hasilnya. YD jahit dress ini selepas YD menghadiri kelas jahitan Kak Rina Talib. Alhamdulillah, sebenarnya YD ada praktikkan apa yang YD belajar di kelas tersebut. Selepas hadir ke kelas tersebut YD deraf sendiri pattern di bahagian badan dan lengan untuk dress ini. Hanya bahagian kain YD guna free pattern yang YD kongsikan sebelum ini. Kemudian cara jahit dibahagian badan juga YD praktikkan apa yang YD belajar di kelas jahitan. Dress ini menggunakan lining di bahagian badannya dan mempunyai tali di bahagian belakang badan.


Seperkara lagi, YD cabar diri YD untuk jahit zip sorok pada dress ini. Alhamdulillah, berjaya juga walaupun beberapa kali YD tetas dan jahit semula. 

Ok, apa yang penting di sini sebenarnya semangat untuk mencuba dan jangan sesekali kita mudah putus asa. Betul tak?

Sebagai mengakhiri entri YD pada kali ini, YD belanja gambar berikut untuk tatapan kalian semua sebagai inspirasi untuk belajar menjahit. Gambar ini adalah gambar pemilik sebenar dress ini iaitu si kecil comel, Eryna Adelia @ Dlea, anak buah YD sendiri. Sempena Dlea orang pertama yang memiliki dress ini, YD namakan dress ini sebagai Dlea Dress.

** Mommynya pakaikan dress ini semasa mereka hendak berlepas pergi menunaikan umrah bermula pada 23 Mac - 1 April 2015. 




Semoga menjadi inspirasi dan selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...